in

TikTokers Ini Buat ‘Restoran’ Khas Untuk Semut, Keju Paling Banyak Jadi Pilihan!

F3 Semut Gtl 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun kecil, semut tetap boleh menyebabkan ketidakselesaan dalam kehidupan seharian sebab kalau digigit, kita akan gatal-gatal dan kalau kita tak simpan makanan dengan betul pula, semut ni akan hurung makanan.


Namun, ini tidak menghalang manusia daripada berbuat baik kepada haiwan ini seperti yang dilakukan oleh seorang TikTokers yang telah membuat ‘restoran’ khas untuk semut ini.

@antrestaurants

?? #fyp #viral #antrestaurant #ants #cheese

♬ A-O-K – Tai Verdes

Dalam video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok antrestaurants itu, dapat dilihat bahawa individu di sebalik video itu telah ‘membina’ tempat makan khas untuk semut itu menggunakan kadbod atau kotak.

Dia kemudiannya meletakkan beberapa jenis makanan manis yang dijangka akan menarik perhatian haiwan itu. Antaranya ialah keju, madu, Nutella, lolipop dan sirap gula. Lepas semua bahan pemanis tu diletakkan atas kadbod, kadbod itu pula diletakkan di sebuah kawasan outdoor sebab semut kan banyak kat luar rumah.

Semut Gtl 2

Tak berapa lama kemudian, dapat dilihat yang keju merupakan makanan yang paling banyak dihurung oleh semut.

Video yang berjaya meraih 8.3 juta tontonan itu juga mendapat pelbagai reaksi positif daripada netizen yang rata-ratanya terhibur dengan idea kreatif pemilik akaun itu. Untung semut-semut ni hari tu kan, tak payah susah-susah cari makanan. 

Semut Gtl 3

Walaupun idea ni mungkin dianggap pelik oleh sesetengah orang, min rasa idea ni bagus sebab ni ibarat macam kita berkongsi rezeki dan makanan dengan haiwan jugak la kan. 

Sumber: TikTok @antrestaurants, Kosmo!

Baca: Restoran Tidak Terima Wang Tunai, Boleh Bayar Guna Sampah Untuk Bantu Golongan Miskin

Semut Gtl 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.