Seperti kita tahu, kumpulan K-Pop terkenal, Blackpink bakal menggegarkan Malaysia buat kali kedua dimana mereka akan mengadakan konsert yang bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan.
Konsert yang dinamakan ‘BlackPink Born Pink World Tour’ itu juga bakal diramal seramai 25,000 yang akan hadir untuk melihat kumpulan K-Pop tersebut yang terdiri daripada empat ahli iaitu Lisa, Jennie, Rose dan Jisoo.
Tiket konsert Blackpink habis dijual dalam masa 30 minit?
Untuk pengetahuan korang, tiket telah mula dijual sejak dua hari (15 November) lepas dan pada hari ini (17 November). Apa yang mengejutkan, tiket konsert tersebut telah habis sold out dalam masa 30 minit. Betul ke?
Menurut beberapa hantaran yang dikongsikan di laman Twitter, ada beberapa peminat telah memberitahu berkenaan tiket yang habis dijual itu dan ada yang turut meluahkan rasa kecewa kerana tidak berpeluang untuk membeli seat pada konsert kali ini.
.@BLACKPINK’s #BORNPINK WORLD TOUR ASIA in Kuala Lumpur, Malaysia got sold out within 30 minutes! #BORNPINKinKL #BLACKPINK
Favorite K-Pop Artist #AMAs pic.twitter.com/HlggvzsBoP— BLACKPINK BLINK UNION ? (@BBU_BLACKPINK) November 17, 2022
ITS ONLY 10:30 AND THE BLACKPINK TICKETS ARE ALL OUT!! WHAT IS THIS??!!! #BLACKPINK_BORNPINK #blackpinkmalaysia pic.twitter.com/WaVz8IYypK
— ????? (@chloekeyii) November 17, 2022
“Baru pukul 10:30am tapi tiket Blackpink dah habis?? Apa ini??”
Namun, ada juga peminat yang berkongsi bahawa ada tiket yang masih belum dijual dan meminta untuk menunggu penganjur membuat pengumuman mengenai jualan tiket itu.
Sebelum ini, tular di media sosial berkenaan peminat kecewa dengan harga tiket konsert Blackpink pada kali ini yang terlalu mahal sehingga ada yang kata telah melebihi minimum gaji rakyat Malaysia iaitu RM1,500.
Tiket jualan difahamkan bermula RM388 (CAT6), RM488 (CAT5), RM588 (CAT4), RM788 (CAT3), RM988 (CAT2), RM1,588 (CAT1) dan RM1,888 (VIP Soundcheck package).
The wait is over! ? Check out the seat map and ticket price for BLACKPINK WORLD TOUR [BORN PINK] KUALA LUMPUR#BLACKPINK #블랙핑크 #BORNPINK #BLACKPINK_WORLDTOUR #BLACKPINK_BORNPINK pic.twitter.com/yGKILYbQAV
— Live Nation Malaysia (@livenationmy) November 12, 2022
Sebelum ini, Blackpink pernah menampilkan diri mereka yang pertama pada tahun 2019 bertempat di Stadium Melawati, Shah Alam. Pada masa itu, tiket yang paling mahal dijual pada RM693 terus memberi persoalan kepada peminat mengapa pada kali ini harga sangat berbeza.
Wah min pun tak sangka akan sold out selaju itu!
Baca: Peminat Kecewa Harga Tiket Konsert ‘Blackpink’ 4 Mac Nanti Taraf ‘Yahudi’, Dakwa Cecah Hampir RM2K?