in

Tiket Mula Dijual Hujung Bulan, Justin Bieber Bakal Buat Konsert Di KL Oktober Ini!

Collage 66

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang tahu, kerajaan telah pun mengumumkan bermulanya fasa endemik 1 April ini di mana sempadan negara akan mula dibuka untuk rakyat Malaysia dan pengembara di luar keluar masuk seperti sebelum ini.


Disebabkan ini juga, Justin Bieber baru-baru ini telah mengumumkan bahawa dia telah pun menyenaraikan Malaysia sebagai salah satu negara persinggahannya bagi konsert Justice World Tour, lapor The Star

Untuk pengetahuan korang, konsert ini dijangka akan diadakan pada 22 Oktober ini bertempat di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Lepas dua tahun terhenti, kami berbesar hati untuk memberitahu yang kami akan membawakan Justice World Tour untuk peminat di Malaysia Oktober ini.

Kami telah berkerja keras bagi menjayakan persembahan terbaik yang pernah kami lakukan dan tak sabar untuk kongsikan dengan peminat di seluruh dunia.”

Sebelum ini, Justice World Tour dijadualkan untuk bermula 14 Mei 2020 namun terpaksa dijadualkan semula beberapa kali sebelum memulakan tour ini pada 18 Februari lalu di San Diego, California.

Tiket Justice World Tour ini bakal dijual 31 Mac ini dan harganya bermula dari RM288 sehingga RM1,088.

Kalau korang nak tahu, kali terakhir Justin Bieber membuat persembahan di Malaysia adalah 10 tahun lalu ketika dia menjadi artis jemputan bagi MTV World Stage Live.

Uish lama betul tak pergi konsert. Best jugak ni!

 

Baca: Kalahkan Justin Bieber Dan Taylor Swift, Muzik Video ‘Lalisa’ Paling Banyak Ditonton Dalam 24 Jam

Page Lisa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.