in

Tiga Remaja Terpaksa Bekerja Di Warung Dan Jaga Kolam Ikan Untuk Biaya Persekolahan

Pagean

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di saat remaja-remaja lain sibuk menghadiri alam persekolahan tanpa sebarang kesulitan, jadual tiga anak remaja ini padat dengan pelbagai tugas dan rencana tambahan semata-mata untuk merealisasikan impian untuk melanjutkan pelajaran.


Bri1
sumber: tribun news

Menurut Tribun News, Riyad, Dasro, dan Taufik merupakan tiga pelajar program Paket C di Sekolah Kader Desa Brilian yang sibuk menguruskan sebuah warung di Kampung Sidat, Desa Singasari Kacamatan Karanglewas Banyumas. Hidangan ikan Sidat sebagai menu utama, pelajar-pelajar ini sentiasa mengalu-alukan kehadiran pelanggan ke warung tersebut dengan ramah.

Bri3
sumber: facebook

Selain menyediakan makanan, di sebelah warung ini terdapat kolam ikan yang dipenuhi dengan ikan Sidat dan pelbagai jenis ikan lain. Sejurus selesai tugasan di warung, tiga remaja ini akan segera menyalin pakaian untuk menguruskan ikan di kolam pula.

“Kami tinggal di sini sudah bertahun-tahun. Saya selesa kerana ramai kawan dan boleh belajar banyak benda,” kata Dasro.

Bri2
sumber: facebook

Keuntungan daripada perusahaan ini digunakan untuk keperluan sekolah dan pembiayaan hidup sehari-hari kerana mereka ini bukanlah berasal daripada keluarga yang senang. Dasro terpaksa berhenti sekolah dan merupakan anak kepada seorang buruh tani. Lebih menyedihkan, ibu bapanya telah bercerai.

Riyad pula yang sebelum ini tinggal di sebuah pondok sederhana di tengah kebun, berkongsi bahawa sekolah ini bukan hanya mengajar pengetahuan umum seperti di sekolah biasa, malah menurunkan pelbagai ilmu praktikal dan kemahiran berguna.

Bri6
sumber: facebook

Remaja-remaja ini sanggup meninggalkan kampung halaman dan datang ke Sekolah Kader Desa Brilian demi pendidikan dan masa hadapan yang lebih cerah. Ini terbukti apabila sudah 23 orang pelajar dari sekolah ini dapat melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi di Purwokerto.

Bri5
sumber: facebook

Pengetua sekolah itu berkata bahawa pihaknya sentiasa berusaha sedaya upaya untuk membantu pelajar-pelajar mereka mendapatkan pendidikan yang diimpikan dan menjadi motor penggerak perubahan di kampung halaman masing-masing.

Semoga usaha murni ini diteruskan dan lebih ramai remaja-remaja yang tidak bernasib baik seperti Riyad, Dasro, dan Taufik berjaya mendapatkan pendidikan yang lebih baik di masa akan datang. Ketabahan mereka bertiga mengejar impian juga wajar untuk kita contohi bersama. 

Baca: Pelajar Tiba-tiba Buta 2 Minggu Sebelum SPM, Tak Patah Semangat Untuk Teruskan Peperiksaan

Buta 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.