in

Tiga Maut Selepas Perodua Viva Dipandu Terbabas Langgar Kereta Dari Arah Bertentangan

Babas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Tiga Maut Selepas Perodua Viva Dipandu Terbabas Langgar Kereta Dari Arah Bertentangan
Loading
/

Ngeri! Itulah yang dapat digambarkan ketika melihat kemalangan di antara dua kereta yang hampir 80% remuk dekat Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Taman Cheng Bestari pukul 11 pagi tadi.


18268101 461119690893113 7720640309862150333 N
sumber: facebook

 

18301752 461119724226443 6084355554308994652 N
sumber: facebook

Dalam satu perkongsian di laman Facebook, rakaman CCTV berdekatan lebuhraya berkenaan menunjukkan sebuah lori berwarna putih sedang bergerak keluar ke jalan besar sebelum sebuah Perodua Viva dari arah belakang terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar Proton Gen2 berwarna hitam.

Capture 20170505 164956
sumber: facebook
Capture 20170505 165219
sumber: facebook

Ekoran dari perlanggaran tersebut, seorang pembonceng motosikal juga turut cedera apabila bahu kanannya terkena besi pembahagi jalan yang terpelanting akibat kemalangan tersebut.

Namun malangnya, ketiga-tiga mangsa yang menaiki Perodua Viva maut di tempat kejadian. Manakala lelaki yang memandu Proton Gen2 pula cedera parah.

 

18199448 461119710893111 7537928355643106187 N
sumber: facebook
18222157 461119770893105 2250825912351223333 N
sumber: facebook

Menurut Harian Metro, kedua-dua mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

Perkongsian rakaman tersebut mendapat komen daripada netizen yang rata-rata berpendapat bahawa pemandu Viva cuba mengelak lori dari arah hadapan namun akhirnya terbabas kerana memandu dalam keadaan laju.

Berhati-hatilah di jalanraya. Tambah-tambah pada musim hujan ini. Malang datang tanpa diduga.

Tonton video di bawah:

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.