in

“Tiga kali test negatif masih tak boleh keluar” – Muslim Di Pusat Kuarantin Delhi Tak Dapat Makan Sahur & Hanya Diberi Kurma Untuk Berbuka

Collage 65

Ribuan ahli jemaah tabligh di India telah dimasukkan ke pusat kuarantin di seluruh negara selepas majlis keagamaan yang mereka hadiri pada awal bulan Mac lalu dikaitkan dengan jangkitan Covid-19.

Salah seorang dari mereka, Izhar Ahmad memberitahu Al Jazeera yang dia telah berada di pusat kuarantin hampir sebulan, dua kali ganda lamanya dari tempoh yang disarankan oleh kerajaan New Delhi, tapi sampai sekarang dia masih tak dibenarkan untuk pulang ke rumah.

“Dah hampir sebulan dan tiga test coronavirus saya dah buat dan semua keputusan tunjukkan yang saya negatif, tapi saya masih tak dibenarkan jumpa keluarga.”

Izhar memberitahu, dia diambil oleh pihak polis pada 1 April lalu dan empat ke enam orang telah diletakkan dalam satu bilik sementara yang kekurangan kipas menjadikan keadaan di sana sangat sempit dan tak selesa.

355941069E834Faf9Cdad9D65Fc939B4 18

Bukan tu je, Izhar turut meluahkan rasa kecewa kerana kekurangan makanan untuk sahur dan berbuka membuatkan dorang susah nak berpuasa.

Dorang tak sediakan makanan masa sahur dan bila masuk waktu berbuka, kami hanya diberikan kurma dan dua pisang.”

Ibrahim Sultan yang ditempatkan di pusat kuarantin sementara turut memberitahu dua ujian yang dia ambil sebelum ini menunjukkan keputusan negatif.

Delhi Kondli Quarantine Centre 1586181999

“Saya nak balik jumpa keluarga kalau saya tak ada corona, kami hanya tunggu dekat sini dekat keadaan tempat yang sangat daif. Susah untuk kami menjalani Ramadan.”

Awal bulan ini, dua orang yang dikaitkan dengan kluster jemaah tabligh di sana telah meninggal di pusat kuarantin. Dikatakan, mereka mengidap diabetis dan dorang tak diberikan makanan pada waktu yang ditetapkan.

Pun begitu, salah seorang ketua kerajaan di Delhi mengatakan tuduhan layanan teruk diterima di pusat kuarantin di sana adalah “palsu dan tipu”.

Kenapa nak kena tahan lama-lama kalau orang tu negatif? Kalau bagi keluarkan senang, tak payah nak tanggung makan.

 

Baca: “Tak terfikir dek akal weyh” – Bijak! Kerajaan Negeri India Sarankan Rakyat ‘Pakai Payung’ Untuk Social distancing

Screenshot 2020 04 30 At 3.36.17 Pm

Sumber: AlJazeera