in

Tidak Berpeluang Ke Sekolah, Penantian 7 Beradik Untuk Miliki Kad Pengenalan Akhirnya Berakhir

Kad Pengenalan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penantian tujuh beradik selama bertahun-tahun untuk memiliki kad pengenalan Malaysia atau MyKad akhirnya telah berakhir apabila kesemua mereka mendapat kad pengenalan baru-baru ini.

Menurut laporan Berita Harian, kad pengenalan daftar lewat telah diserahkan kepada tujuh beradik itu oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di rumah mereka di Sungai Buaya, Rawang.


Difahamkan, adik beradik itu iaitu Ahmad Shahmil Ismail, 30; Muhammad Fazril, 29; Nur Hakimah, 26; Nur Hakikah, 24; Nur Laila, 22; Nur Shakila, 19; dan Zakaria, 17 tidak bersekolah kerana mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri sejak kecil.

Menurut JPN, ketujuh-tujuh beradik itu sebelum ini tidak dapat membuat kad pengenalan kerana perkahwinan ibu bapa mereka tidak didaftarkan.

7

Artikel berkaitan: Maybank Beri Penjelasan Isu Dakwaan Data Bocor & Dijual Sebanyak RM84,000 Di Forum Dark Web

Artikel berkaitan: “Sedang dijual dalam ‘dark web’” – Data MyKad 17 Juta Rakyat Malaysia Didakwa Bocor?

Perkahwinan yang tidak didaftarkan itu pula telah menyebabkan adik-beradik itu tidak dapat membuat dokumen pengenalan diri.

Bapa adik-beradik itu pula difahamkan telah meninggal dunia pada tahun 2023, dan susulan itu, mereka perlu mendapatkan sampel DNA waris terdekat iaitu bapa saudara mereka untuk mengesahkan pertalian darah sebelum mendapatkan kad pengenalan.

Menurut salah seorang daripada adik beradik itu, dengan adanya kad pengenalan ini, mereka berharap agar adik mereka yang masih remaja boleh belajar.

Menurut mereka lagi, hidup mereka sebelum mendapat IC ini terasa tidak normal kerana mereka takut untuk pergi ke mana-mana kerana tiada sijil lahir dan kad pengenalan.

Sumber: Berita Harian, Sinar Harian

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.