in

“Tidak ada sesiapa yang terkecuali” – TS Muhyiddin Gesa Tindakan Undang-undang Jika Menteri Tak Kuarantin

Muhyiddin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa kerajaan serius dengan kes langgar perintah kuarantin. Ia susulan dengan kes Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang tidak mematuhi perintas tersebut selepas pulang dari Turki pada 7 Julai lalu.


Tambah beliau kerajaan Perikatan Nasional (PN) berpendirian setiap rakyat Malaysia adalah di bawah undang-undang negara dan tidak ada sesiapa pun yang terkecuali. Lapor Berita Harian.

 

Kerajaan mengambil maklum dan memandang serius dakwaan pelanggaran perintah kuarantin itu. Setiap rakyat Malaysia adalah tertakluk kepada undang-undang dan tidak ada sesiapa yang terkecuali.”

Disebabkan itu, beliau serahkan pihak berkuasa yang terlibat untuk menjalankan siasatan menyeluruh  dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang.

Sebelum ini, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, sudah dikenakan kompaun RM1,000 selepas gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) kuarantin wajib.

Berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342), semua individu yang baru tiba dari luar negara sama ada warga negara atau warga asing perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari sebagai langkah mengekang penularan virus COVID-19.

Menurut Berita Harian, KKM telah memaklumkan bahawa Mohd Khairuddin telah membayar kompaun tersebut.

KKM sebelum ini meaklumkan bahawa Mohd Khairuddin pulang ke Malaysia sebelum menjalani ujian pengambilan sampel ‘nasopharyngeal swab’ kali pertama pada hari yang sama yang didapati negatif.

“Ujian saringan COVID-19 kali kedua dan ketiga juga menunjukkan keputusan negatif,” kata KKM tanpa menyatakan tarikh bila ujian kedua dan ketiga itu dijalankan terhadap menteri berkenaan.

 

Baca : Lanjut Atau Tamatkan? Rakyat Berdebar Tunggu Pengumuman Khas PM, KKM Saran Lanjut PKPP

Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.