in

“Tiba-tiba banjir, takkan nak cancel shooting” – Jurugambar Ini Kongsi Gambar Kahwin Pengantin Bertemakan Air Banjir Tapi Pengantin Lelaki Tu Rupanya…

Feature Image Laki Tagune

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila masuk hujung tahun ni, boleh dikatakan banyak majlis kahwin yang akan berlangsung. Setiap minggu akan ada sahaja jemputan untuk ke majlis perkahwinan.


Terbaru, tular di laman Facebook mengenai beberapa keping gambar sepasang pengantin yang baru sahaja berkahwin dan terpaksa melakukan photoshoots dalam air kerana kawasan perumahan mereka sedang dilanda banjir.

Bini 4
Sumber: facebook
Bini 2
Sumber: facebook

Menurut Meen Photographer jurugambar yang memuat naik gambar ini, perkahwinan ini diadakan di sempadan Malaysia-Thailand yang berlangsung pada 30 November dan 1 Disember yang lalu.

Kejadian banjir yang berlaku adalah satu perkara yang tidak dijangka kerana hujan lebat yang turun pada waktu malam telah menyebabkan air sungai meningkat dan melimpah akhirnya mengakibatkan banjir.

Namun begitu, segalanya dipermudahkan apabila kedua-dua ahli keluarga saling membantu bagi melancarkan dan memudahkan majlis perkahwinan tersebut.

Netizen kata laki tu dah kahwin. Betul ke?

Tapi, netizen mula berdebat mengenai status sebenar pengantin lelaki tersebut yang di katakan sudah berkahwin dan mempunyai anak. Ehh biar betul?

Ciduk 1
Sumber: facebook

 

Ciduk 2
Sumber: facebook

Netizen yang pada mulanya merasakan bahawa potrait perkahwinan mereka itu merupakan suatu yang indah, tapi setelah mengetahui bahawa lelaki ini sudah berkahwin mereka menjadi simpati terhadap isteri pertama lelaki itu.

Setelah dia menerima kecaman hebat daripada netizen, lelaki berkenaan telah membuat post di Facebook miliknya bagi menjelaskan keadaan sebenar. Dia juga mengakui bahawa sudah berkahwin pada sebelum ini.

Menurutnya, isterinya telah mengetahui tentang dirinya yang mahu berkahwin sekali lagi tapi keadaan menjadi keroh apabila netizen yang tidak mengetahui apa-apa memberi komen yang sembarangan.

Laki
Sumber: facebook

Selain itu, isteri pertama lelaki ini juga meminta supaya netizen menghentikan sebarang spekulasi yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

Isteri 1
Sumber: facebook

Perkahwinan dah berlangsung pun. Kedua-dua pihak pun dah bagi penjelasan. Yang netizen pula, cukup-cukup lah nak menghentam mereka ya.

 

Baca: “Depan Kaabah takleh control nafsu ke?” – Netizen Menyampah Dengan Statement Da’i Farhan, Samakan Dengan Kisah Cinta Rasulullah

Eh Kau Paan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.