Wanita yang baru melahirkan dan sedang menjalani tempoh pantang sememangnya memerlukan penjagaan yang rapi dan orang lain diharapkan dapat membantu. Bukan saja emosi tidak menentu tetapi juga apa yang penting mereka perlukan rehat yang cukup serta tidak digalakkan melakukan apa-apa kerja sepanjang tempoh itu.
Kebiasannya kita lihat, orang tua sendiri mahu pun bidan yang diupah akan banyak membantu namun pelakon Nazrief Nazri baru-baru ini membuktikan dia mampu melakukan semua itu tanpa bantuan.
Tolong urus isteri sebelum keluar pergi kerja
Viral sebuah video di TikTok baru-baru ini menunjukkan Nazrief melakukan persiapan dan menguruskan isterinya, Aizatul Aqma yang sedang berpantang. Menerusi video tersebut, Nazrief dilihat tidak kekok dan melakukan beberapa tugas dengan begitu baik.
Antara yang dilakukannya adalah memakaikan bengkung, menyediakan air mandian buat isterinya serta beberapa hal yang lain juga. Situasi itu dirakamkan isterinya sendiri di mana Nazrief akan menyiapkan apa yang sepatutnya sebelum keluar bekerja.
Layanan ‘tip top’ buat isteri
Melalui ruangan komen, ramai netizen memberikan respon mereka dan sempat memuji Nazrief atas usahanya membantu si isteri dan memberikan layanan yang ‘tip top’.
Beberapa netizen dilihat berkata ciri-ciri sebegitu memang didambakan oleh semua isteri di dunia. Ada juga yang sempat berseloroh sanggup mengandung dan bersalin setiap tahun jika mendapat suami ringan tulang sebegitu.
Nazrief dan isteri mendirikan rumah tangga pada 15 Noevmber 2019 dan telah selamat menimang cahaya mata pertama mereka yang merupakan bayi lelaki pada 19 Julai lepas jam 1.12 pagi.