in

“Tiada seorang pun diabaikan” – Doktor Nafi Sangkaan Layanan Buruk Warga Asing

doktor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan isu mengenai Al Jazeera yang telah mencetuskan kemarahan warga Malaysia, seorang doktor tampil menempelak tanggapan buruk yang diberikan oleh agensi berita itu.

Pegawai Perubatan Jabatan Oftalmologi Hospital Selayang, Dr Kenneth Wong Chen Fei. menegaskan itu dakwaan itu tak bernar kerana hakikatnya mereka menerima rawatan dan dilayan dengan baik.


 

Laporan disiarkan agensi berita antarabangsa berkenaan tidak benar kerana hakikatnya, mereka (warga asing) menerima rawatan dan dilayan dengan baik oleh semua petugas kesihatan sepanjang berada di negara ini.” 

Dr Kenneth memberi reaksi itu bagi mengulas hantaran dimuat naiknya di Facebook (FB) miliknya yang menafikan laporan disiarkan Al-Jazeera berhubung dakwaan wujud isu perkauman terhadap warga asing ketika negara mengendalikan pendemik Covid-19.

Kenyataan itu diberikan menerusi status Facebook miliknya untuk menepis dakwaan yang dikatakan wujud isu perkauman kepada warga asing ketika mengendalikan Covid-19.

Malah, dia juga menjelaskan bahawa semua warga asing bukan hanya dilayan dengan baik, malah diberikan rawatan rapi serta kemudahan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan sepanjang berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang, Selangor.

Ketika dihubungi Harian Metro, Dr Kenneth juga mempertikaikan laporan itu kerana dilihat berat sebelah.Katanya, dia dimaklumkan mengenai penyiaran dokumentari itu oleh rakannya sebelum membaca laporan berita dan menonton sendiri dokumentari diterbitkan, tengah hari semalam.

“Memang terkejut dengan apa disiarkan dan terkilan kerana ia tidak benar.Kerajaan sudah melakukan yang terbaik, begitu juga semua petugas barisan hadapan, jadi saya tidak faham mengapa boleh timbulnya isu seperti itu” 

 Dr Kenneth juga berkata, biarpun gementar, dia seronok diberi peluang mengendalikan warga asing yang ditempatkan di pusat kuarantin dan rawatan berkenaan. Memang ada rasa risau, tetapi pada masa sama seronok kerana diberi peluang untuk melakukan tugasan itu.

“Malah, kita merawat mereka (warga asing) seperti manusia biasa, beri mereka antibiotik dan apa yang sepatutnya. Tiada seorang pun diabaikan, walaupun mereka bukan warganegara dan bersesuaian dengan motto kita jaga kita,” katanya.

 

Baca : Siapa Rayhan Kabir, Lelaki Bangladesh Yang ‘Buka Cerita’ Kepada Al Jazeera

bangladesh 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.