in

Tiada Permohonan Permit, Penganjur Perhimpunan Kibar Jalur Gemilang Di Dataran Menara Condong Teluk Intan Disiasat

Perhimpunan Kibar Bendera Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lebih kurang 300 orang individu telah berkumpul di Dataran Menara Condong Teluk Intan petang semalam untuk mengibarkan bendera Jalur Gemilang.

Acara pengibaran bendera Malaysia secara beramai-ramai itu dipercayai dilakukan sebagai reaksi tindak balas selepas tular sekumpulan individu mengibarkan bendera negara China di lokasi yang sama beberapa hari lalu.


Walau bagaimanapun, penganjur acara mengibarkan bendera Jalur Gemilang secara beramai-ramai itu difahamkan akan disiasat pihak polis kerana tiada permohonan permit dibuat oleh pihak penganjur, lapor Free Malaysia Today.

7

Artikel Berkaitan: Lebih 300 Individu Banjiri Dataran Menara Condong Teluk Intan, Kibar Bendera Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan: Tular Sekumpulan Individu Berarak Kibar Bendera China Di Teluk Intan, Penganjur Mohon Maaf

Difahamkan, notis pemakluman sepatutnya perlu dihantar kepada pihak polis oleh mana-mana pihak yang mahu membuat sebarang perhimpunan dalam tempoh 10 hari sebelum tarikh perhimpunan itu diadakan, lapor Utusan.

Kertas siasatan akan dibuka oleh pihak polis untuk menyiasat tentang perkara itu.

Menurut Datuk Azizi Mat Aris iaitu Ketua Polis Perak, perhimpunan mengibarkan bendera Malaysia itu telah dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO).

Difahamkan juga, penganjur perhimpunan ini tidak memaklumkan kepada pihak polis untuk menganjurkan perhimpunan.

Selain orang awam, perhimpunan terbabit juga dihadiri oleh pemimpin Pas negeri Perak.

Aktiviti nyanyian lagu patriotik juga turut dilakukan pada himpunan mengibarkan Jalur Gemilang itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Sumber: Harian Metro, Free Malaysia Today, Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.