in

Tiada Lagi Amaran Untuk Kilang Langgar SOP, Akan Dikompaun ‘On The Spot’ Mulai Hari Ini

Ft Kilangkompaun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tiada lagi amaran akan diberikan sebaliknya majikan sektor perkilangan yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikompaun terus, mulai hari ini. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata kluster perkilangan didapati antara yang paling banyak menyumbang kepada peningkatan kes sejak kebelakangan ini.


Menurut Awani, semalam merupakan hari terakhir majikan sektor perkilangan di seluruh Malaysia diberi amaran jika melanggar SOP PKP.

Hamzah

Jika berterusan begini, angka yang ditunjukkan DG (Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah) pada setiap hari tidak dapat kita diturunkan di bawah paras 5,000.”

Oleh itu, saya minta kepada semua majikan agar patuh SOP PKP dan jika sektor perkilangan tidak patuh SOP PKP, saya risau kita tidak dapat melandaikan kes Covid-19.”

Beliau menggesa agar semua majikan yang diberikan kebenaran untuk beroperasi melihat semula kelulusan yang diberikan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).”

Tidak ada maaf lagi kepada mereka. Ada majikan yang diberi kelulusan MITI untuk beroperasi namun melanggar SOP PKP. Sebagai contoh, sebuah kilang sektor kuari di Kajang hari ini yang kakitangannya melebihi 60 peratus.”

Kilang1

Sebelum ini, lebih 40 kilang di seluruh negara dilaporkan telah dikompaun sejak 1 Jun kerana melanggar SOP PKP. Kebanyakannya tidak beroperasi semula dan menurut Hamzah, beliau mahu majikan memahami bahawa ia merupakan tanggungjawab bersama untuk memutuskan rantaian Covid-19.

Baca: “Untung dah banyak, bila ada masalah buat pekerja macam lembu” – Menteri Dalam Negeri

Collage 42

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.