in

“Untung dah banyak, bila ada masalah buat pekerja macam lembu” – Menteri Dalam Negeri

Collage 42

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari yang lalu, tular gambar dan video menunjukkan pekerja-pekerja asing bergelang pink kerana positif Covid-19 dibawa menggunakan lori. Rata-rata netizen menganggap perbuatan tersebut sebagai “tak berhati perut”.


Ekoran ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengumumkan kilang ayam yang terletak di Bedong, Sungai Petani itu telah pun diarahkan tutup pada hari Isnin (14 Jun) lalu.

Arahan ini dibuat selepas kilang tersebut didapati tidak mematuhi syarat dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan semasa tempoh total lockdown ini.

71623765396 Pekerjaasinggelan

Tak cukup dengan itu, Hamzah Zainuddin juga turut meluahkan rasa kecewa dengan tindakan pengurusan kilang tersebut yang membawa pekerja-pekerja seperti “lembu”, lapor Awani.

Kita jangan hanya fikir keuntungan, kalau kita rasa kita mahu membantu pekerja… bantu secara lebih berhemah… kalau nak hantar mereka ke hospital (contohnya) ambillah bas… kalau boleh sewa bas.

“Bukan ambil (guna) lori bawa orang macam lembu… untung dah banyak bertahun-tahun… tiba-tiba bila ada masalah ini buatkan pekerja kita macam lembu sahaja… janganlah macam itu.”

Sebelum ini, seramai 48 pekerja kilang telah ditemui berhimpit di belakang lori ketika dalam perjalanan pulang ke hostel mereka. Pemandu lori yang ditahan oleh pihak polis tersebut telah pun disaman atas kesalahan di bawah Seksyen 23 (2) Akta Kenderaan Jalan Raya 1987 kerana menggunakan lesen memandu atas tujuan lain.

 

Baca: “Tu manusia bukan haiwan” – Tular Gambar Lori Bawa Pekerja Kilang Positif COVID 19 Beramai-ramai, Pemandu Ditahan

Screenshot 2021 06 16 At 1.49.25 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.