in

“Tiada faedah untuk saya menipu”- Wani Comel Sedih Terima Banyak Cacian, Tohmahan & Body Shaming, Sedia Buat Laporan Polis

Ft Wani 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas membuat pendedahan dakwa ditipu oleh seorang usahawan kosmetik terkenal, kehidupan Nur Airawani Nazira Ibrahim, 23, atau lebih dikenali sebagai Wani Comel dikatakan tidak tenteram.


Pendedahan yang dibuat bagi mendapat keadilan menyebabkan dia berhadapan dengan kata cacian,kecaman serta tak kurang juga yang turut mendoakan kematian gadis itu.

Terlalu banyak pihak yang tak henti-henti mengacau hidup Wani dengan pelbagai kata-kata kesat dan tak kurang juga yang mendoakan Wani mati

Sampai doakan orang mati, melampau sangat netizen ni!

Capture 3 3 2

 

Sedia buat laporan polis dan SKMM

Tidak tahan dengan kata-kata netizen itu, Wani memberi warning kepada netizen di luar sana agar berhenti menganggunya sekiranya tidak mahu dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Wani ingin menasihatkan agar mana-mana individu yang tag saya dengan cubaan gangguan, fitnah, cacian, makian, dan hinaan dan apa-apa perkara negatif lain termasuk body shaming, saya sendiri akan membuat laporan polis dan laporkan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Dalam perkongsian yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, gadis itu turut menasihatkan orang ramai agar berfikir sebelum memberi komen kepadanya.

Capture 9

 

Usaha mengumpul bukti

Menurut Wani dia sedang mengumpul bukti mengenai provokasi yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu serta turut dibantu oleh beberapa individu lain mstar.

Mereka yang membantu Wani telah mengumpulkan semua bukti-bukti komen anda yang menghina, mengecam, menghasut masyarakat untuk provokasi menimbulkan perbalahan mengenai Wani di media sosial, di Instagram dan direct message (DM) Wani.

Capture 1 4

 

Tiada faedah untuk Wani menipu sesiapa dan tiada untungnya Wani buat tindakan mcm tu. Hati hati bila menulis takut termakan diri.

Dalam pada itu, Wani sempat menitipkan mengenai laporan kesihatannya yang terkini, dan terpaksa mendapatkan rawatan susulan akibat jangkitan kuman di paru-paru yang dialaminya.

Capture 2 3

Bagi min ada betulnya apa yang dikatakan Wani itu, sebab kita bukanlah Wani mahupun usahawan kosmetik yang terlibat. 

Baca : Wani Comel Dimasukkan Ke Hospital Akibat Jangkitan Paru-Paru, Dipercayai Tak Buat Pemeriksaan Lepas Potong Usus?

Capture 9 2

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.