in

“This is fake” – [Video] Caprice ‘Kantoikan’ Insiden Simbah Sirap Sebagai ‘Marketing Strategy’

Caprice3

Hujung minggu lalu, viral di media sosial apabila seorang usahawan disimbah air sirap ketika sedang membuat Facebook (FB) Live di sebuah restoran.

 

Kena simbah masa tengah live

Dalam video itu, usahawan yang dikenali sebagai Datuk Seri Eein itu sedang berinteraksi dengan pengikutnya sebelum di tegur oleh salah seorang pelanggan kerana terlalu lantang, suasana menjadi lebih tegang apabila pelanggan itu menyerangnya selepas pengasas itu bertutur dengan kata-kata yang kurang menyenangkan selepas ditegur.

Biarpun tindakan lelaki itu tidak wajar, namun ramai netizen memihak kepadanya kerana tindakannya itu terlalu lantang sehingga mengganggu orang lain.

Susulan kejadian itu, pemilik restoran kejadian tampil bersuara dengan memuat naik video rakaman ketika kejadian dari sudut lain dan membuat permohonan maaf atas kekecohan yang berlaku.

assalammualaikum sis mintak maaf kepada custermer NASI DAGING SEMPOI yg berada dalam kejadiaan disini siang hari tadi .. sis sebagai owner berharap benda sebergini tidak akan terjadi lagi di kedai sis ….hormat lah sikit orng lain dan sis sebagai owner .. harap korang boleh settle cara baik2 k…kerana mulut badan binasa!!

Posted by Nasi Daging Sempoi on Jumaat, 9 Oktober 2020

 

I believe this is fake! – Caprice

Lantang dalam menyuarakan pendapat di media sosial, Caprice juga turut terpanggil untuk memberikan respon ekoran dengan penularan video tersebut.

Bagi Caprice, dia percaya bahawa video ini adalah lakonan semata-mata, hanya sekadar strategi pemasaran seperti mana yang dilakukan oleh pengasas-pengasas produk yang lain untuk mendapatkan perhatian ramai.

Dalam penjelasannya menerusi Instagram, lelaki yang menyerang pengasas itu menggunakan air sirap. Ia menjadi pertikaian Caprice.

Samseng mana order air sirap, mana ada. Yang akan order air sirap adalah budak-budak, makcik, sotong”

Malah, hasil penelitian netizen Caprice menjelaskan semula di Instagram dengan menyatakan bahawa lelaki yang menyerangnya itu adalah seorang pelakon freelance.

View this post on Instagram

Syrup ?

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

Malah, kalau diperhatikan dalam rakaman video daripada pihak kedai, akan ternampak sedikit rakaman yang pengasas itu tersenyum semasa jatuh kebawah.

Tak tahulah fake atau betul, cuma kita patut ambil contoh untuk jaga adab apabila berada di tempat umum.

 

Baca : “Biadap!” – [VIDEO] Pemandu Simbah Air Milo Pada Jurutol, Dakwa Berang Tak Dapat Top Up Kad Prabayar

Airmilo