Bab-bab perkahwinan seharusnya kita perlu mengambil serius lebih-lebih lagi apabila berkait dengan nasab keturunan. Setiap pasangan seharusnya mengetahui lebih mendalam mengenai latar belakang keluarga masing-masing agar tidak berlaku perkara yang diingini.
Kalau dalam agama Islam, ia bertujuan untuk mengelakkan berlakunya perkahwinan antara darah yang sama ataupun sumbang mahram lantas perkara ini mampu memberi kesan yang buruk pada masa hadapan. Contohnya ibu kahwin anak ha macamtu…
Seperti yang berlaku sebelum-sebelum ini, ada sebuah keluarga di Amerika Syarikat yang telah mencuri perhatian media dan netizen apabila dilihat keadaan mereka yang boleh dikatakan agak unik dan janggal.
The Whitaker Family: Siapakah mereka ini?
The Whitakers berjaya menjadi tumpuan selepas seorang jurugambar bernama Mark Laita merakam mereka untuk bukunya, Created Equal, pada tahun 2004.
Pada tahun 2020, Mark sekali lagi melawat keluarga di Virginia tetapi kali ini dia membuat video lawatannya yang menjadi tular dalam kalangan pengguna media sosial.
Video yang bertajuk ‘Inbred Family-The Whitakers’ itu memaparkan keadaan keluarga dengan pelbagai lapisan generasi yang tinggal di sebuah bandar kecil di wilayah Appalachian. Difahamkan juga mereka mengusahakan bersama-sama ladang peninggalan ayahnya di kawasan itu.
Video tersebut telah meraih lebih 30 juta tontonan dengan dan telah mengumpul lebih 29 juta tontonan dan 400 ribu sukaan di YouTube.
Video itu juga menjelaskan bahawa bagaimana Whitakers bergelut untuk mencari nafkah di rumah kecil mereka dengan beberapa anjing mereka. Keluarga Whitaker berketurunan British dan ahli keluarga mereka termasuk Ray, Lorraine, Timmy (sepupu sahaja), Freddie dan seorang kakak yang tidak didedahkan dan tak bernama.
Tetapi malangnya Freddie iaitu abang mereka telah lama meninggal dunia akibat serangan jantung. Dipercayai juga terdapat beberapa lagi individu dalam keluarga tersebut yang masih belum dikenalpasti.
Betul ke The Whitakers kahwin sesama sendiri?
Keluarga Whitaker dianggap sebagai keluarga baka paling popular di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, kajian baru-baru ini telah mendedahkan bahawa ibu bapa mereka adalah sepupu dan bukan adik beradik seperti yang dipercayai sebelum ini.
Antara ahli keluarga Whitaker mempunyai kelainan mental dan fizikal dimana mereka hanya berkomunikasi melalui rungutan dan tidak boleh bercakap. Ada juga di antara mereka yang tidak mendapat pendidikan seperti pergi ke sekolah.
Sehingga kini, belum ada pemeriksaan perubatan ke atas Whitakers, tetapi terdapat dakwaan bahawa masalah kesihatan mereka timbul mungkin daripada masalah pembiakan ataupun inbreeding.
Di manakah keluarga Whitaker tinggal?
Keluarga itu tinggal di sebuah bandar bernama Odd, yang terletak di luar bandar Virginia Barat. Jiran-jiran di sana sangat melindungi keluarga dan akan menghalau sesiapa sahaja yang muncul untuk mengambil gambar atau mengejek Whitakers.
“Mereka sangat dilindungi oleh jiran-jiran mereka dan mereka tak suka sekiranya ada yang ingin mengganggu mereka.”
‘
Semoga menjadi pengajaran kepada kita semua dan min harap keluarga ini tabah menghadapi dugaan yang melanda…