in

The Knights Award 2023 Musim Ke-2 Beri Penghargaan Pada 45 Usahawan & Syarikat Pelbagai Bidang Di Serantau Asia

Cats 50

Anugerah berprestij buat golongan usahawan, The Knights Award Musim 2 – Edisi Asia baru-baru ini telah dianjurkan dengan penuh gemilang di W Hotel, Kuala Lumpur bagi meraikan pencapaian hebat golongan usahawan dalam pelbagai bidang.

The Knights Award Musim 2 – Edisi Asia tersebut telah mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada 45 personaliti dan syarikat yang cemerlang daripada pelbagai industri atas pencapaian luar biasa mereka dalam bidang kepakaran mereka di seluruh rantau ini.

Selain itu, platform eksklusif ini adalah penting dalam perniagaan di mana idea-idea dan perkongsian berkembang, akhirnya menghasilkan kerjasama rentas sempadan dan merentas industri.

Z8N1917 5

Menurut Presiden The Knights Award, Dr. Zyro Wong, anugerah itu mengiktiraf usaha cemerlang dan sumbangan individu bukan saja kepada pertumbuhan ekonomi negara ini tetapi juga seluruh Asia dan anugerah tersebut bertuah kerana mendapat sokongan penaung dirajanya iaitu Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, Bapa Pembangunan Ekonomi Malaysia dan pengasas Petronas.

Selain itu, majlis juga berbesar hati dengan adanya Penasihat Khas, Tan Sri Dato’ Sri Ong Tee Keat; Tetamu Kehormat, Duli Yang Teramat Mulia Putera Norodom Naravong dari Cambodia; Yang Berbahagia Dato Dr. Ammar Abd Ghapar, Ketua Pengarah Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia; Dr Zainah Shariff, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negara; Rizal Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation; Wakil Majlis Penasihat dari Wilayah Kesatuan Eropah, Juan Jose Delgado; Wakil Majlis Penasihat dari Hong Kong, Kelvin Chan dan ramai lagi pemimpin industri terkemuka yang berperanan sebagai Wakil Majlis Penasihat.

Malam Anugerah ini melibatkan ramai tokoh berprestij, ikon perniagaan, selebriti tempatan dan antarabangsa serta organisasi terunggul dari seluruh Asia.

Untuk makluman, The Knights Award 2023 Musim 2 – Edisi Asia itu menyaksikan penganugerahan yang dibahagikan kepada 3 kategori utama iaitu Duke, Earl dan Baron.

Ballroom

Kategori Duke merupakan anugerah yang mengiktiraf pencapaian luar biasa oleh individu dan syarikat korporat dalam bidang masing-masing.

The Duke Award

Individu yang menerima anugerah itu ialah :

  • Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah yang dianugerahkan Guardian of Public Health Covid-19 Response Icon
  • Pakar sinologi Asia Tenggara, Prof. Wang Gung Wu (Lifetime Achievement Sinologist Southeast Asia)

Z8N1670 5

  • Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin (The Golden Voice of The East)
  • Atlet bertaraf lagenda dalam industri E sukan negara iaitu Mushi Chai (The Legendary Esports Icon).

Bernama Tv

Penerima Anugerah Kategori Duke untuk sektor korporat pula dimenangi oleh :

  • BERNAMA TV ,The Rapid News Distribution of All Time (Malaysia)
  • Guardforce AI Co. Limited, dikenali sebagai (Guardforce AI), Penyelesaian Robotik AI Terbaik tahun Ini
  • Aston Martin, SUV Prestasi Ultra Mewah Terbaik tahun Ini
  • W Hotel Kuala Lumpur, Hotel Gaya Hidup Mewah Terbaik Tahun Ini
  • MY FM , stesen radio Cina No. 1 Malaysia.

The Earl Award

Sementara itu, The Earl Award pula merupakan penghormatan yang diberikan kepada mereka yang memberikan sumbangan yang luar biasa dalam bidang masing-masing. Melampaui semua standard, karya pencapaian dalam kategori ini mencerminkan komitmen yang berterusan terhadap kegemilangan dan kelestarian.

Networking 3

Anugerah Kategori Earl untuk pencapaian peribadi telah diberikan kepada Bon Zainal, Harith Iskander Bin Musa, Prof Dato’ Chef Zam, Jaspers Lai (Singapura), Marcelito Pomoy (Filipina), DJL Jonathan Lim, Ong Peng Chu, Yani Bakhtiar, Dato David Arumugam dari THE ALLEYCATS dan Tsui Wing (Hong Kong) .

Award Winner 1

Hayyan

Manakala, pemenang korporat termasuk SIMPLYSITI, The One Steel Project Sdn Bhd (TOS), World Of Buzz, Olivestouch Technologies Sdn Bhd, MonsterChef, Acetreme Sdn Bhd, Hayyan Huda Opah Kitchen (M) SDN BHD, Bollywood Fashion & Fashion Jewellery, Chamrun Academy, SOCC Holdings Sdn Bhd dan Mugatti Sdn Bhd.

The Baron Award

Berbekalkan semangat dan bakat luar biasa, pemenang dalam kategori ini merupakan pencetus bagi idea, inovasi serta kecemerlangan yang mengubah lanskap perniagaan pada masa kini.

The Baron Award diberikan kepada individu dan juga syarikat dalam usaha bagi mengiktiraf para perintis dan penggerak industri yang sedang berkembang.

Penerima anugerah ini pada malam tersebut ialah, Arieff Yong dan Benjamin Chuah. Manakala, penerima anugerah korporat pula ialah, The Creation Studio, Mozzafiato Beauty, Epigenetic Experience Center Sdn Bhd, Regen X Clinic, White on White (M) Sdn  Bhd, Restaurant Shanghai Street dan Desi Events (M) Sdn Bhd.

Z8N1727 5 1

Dalam pada itu, The Knights Award komited dalam mengiktiraf usaha cemerlang dan sumbangan individu bukan sahaja kepada pertumbuhan ekonomi negara kita tetapi juga di seluruh Asia.

Sejajar dengan misi dan juga matlamat Malaysia Madani, penganjuran The Knights Award bertujuan untuk mengangkat Malaysia ke taraf antarabangsa, meletakkan negara kita sebagai pusat kecemerlangan dan inovasi.

The Knights Award akan terus berkembang dan berkolaborasi dengan pelbagai organisasi yang ternama. Dalam masa yang sama, pemenang akan mendapat akses kepada rangkaian lanjutan dan sumber tambahan, membuka kemungkinan baharu untuk kerjasama dan pertumbuhan selaras dengan slogan ”Bond, Build & Bloom!”

Networking 2

Vvip

Networking 5

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Nama: Gabriel Teo (Pengarah Komunikasi)

Organisasi: Anugerah The Knights Musim 2

E-mel: contact@theknightsaward.com

Telefon: +601123323671

Atau, ikuti laman Instagram dan Facebook rasmi The Knights Award untuk maklumat lanjut.