Kecoh diperkatakan semalam mengenai kes melibatkan pelakon drama terkenal, Hafidz Roshdi yang didakwa telah menumbuk isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri sebanyak tiga kali hingga menyebabkan kecederaan di muka.
Shuhada yang memaklumkan dirinya menerima rawatan di hospital telah memuat naik posting di IG story malam tadi seakan meluahkan rasa yang terbuku di hati setelah apa yang terjadi.
“Hiduplah kau dengan bayang-bayang aku sampai mati”
Menurut Shuhada, kekerasan yang dilakukan suami terhadapnya telah mengakibatkan kecacatan kekal di muka.
Malah dia juga berharap lelaki tersebut tidak akan tenang sepanjang hidup atas apa yang telah dilakukan terhadapnya.
Hiduplah kau dengan bayang-bayang aku sampai mati, kau takkan tenang, and kalau sekarang baru nak ukur kasih sayang buat anak-anak untuk backup diri jadi manusia bagus boleh buat kau bahagia, teruskan.
“Yang pasti Allah tahu kau tak pernah beli BERAS. Thank you for this cacat kekal di muka aku, semoga Allah balas seberat-berat kifarah buat anda dan anda, hal ini kerana, Ustaz Azhar Idrus mengesahkan mendoakan keburukan untuk manusia zalim tidak salah,” katanya.
“Mungkin dia takde harga diri???”
Dalam satu perkongsian IG story yang lain, Shuhada juga dilihat seakan menyindir ‘orang ketiga’ yang dikatakan menjadi punca retaknya hubungan rumah tangganya itu.
Sahabat Shuhada juga menasihatkan dirinya supaya mempunyai pendapatan sendiri agar dapat menampung diri dan anak-anak apabila perkara begini berlaku.
Mungkin dia takde harga diri??? Don’t ask me, ask her. Kali ini go all out. I nak fight for my life, cukup i jadi manusia BAIK SANGKA dengan anda dan anda, separuh mati dah aku kena. #cacatkekal,” tulisnya.
Apa-apapun kita doakan sajalah yang terbaik buat Shuhada dan anak-anaknya. Semoga dia cepat sembuh dan dipermudahkan urusannya.
Baca: “Kakak saya ditumbuk suaminya” – Keluarga Dedah Hafidz Roshdi Didakwa Cederakan Shuhada?