in

“Kakak saya ditumbuk suaminya” – Keluarga Dedah Hafidz Roshdi Didakwa Cederakan Shuhada?

Hafidz Roshdi Tumbuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampak gayanya industri hiburan tanah air kebelakangan ini ‘meriah’ dengan cerita perihal rumah tangga selebriti.

Terbaru, pelakon yang kini berada dalam proses penceraian Hafidz Roshdi didakwa menumbuk isterinya Nurul Shuhada sehingga menyebabkan kecederaan.


Dalam laporan Kosmo!, adik kepada Shuhada mendedahkan kakaknya ditumbuk oleh suami awal pagi tadi di sebuah R&R.

Sumber memberitahu mangsa berumur lingkungan 20-an itu membuat laporan berhubung insiden tersebut di Balai Polis Jinjang, Kuala Lumpur.

Img 8833 1

“Difahamkan ketika kejadian, mangsa bersama suaminya berusia lingkungan 20-an berada di dalam kereta yang berhenti di kawasan rehat dan rawat (R&R) di sekitar Sungai Buloh, Selangor.

Ketika kejadian, berlaku pergelutan dipercayai berpunca mangsa menjawab panggilan telefon semasa perbincangan antara mereka.

Pelakon lelaki itu bertindak menumbuk muka mangsa tiga kali menyebabkan mangsa cedera di bahagian mata,” katanya.

Difahamkan, keadaan Shuhada setakat ini masih baik dan dibenarkan pulang untuk berehat di rumah.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa’aton Abu Bakar mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Siasatan lanjut berhubung kejadian itu sedang giat dijalankan dan pihaknya kini dalam proses untuk merakam percakapan mangsa. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Hmm, lepas satu, satu…

Baca: Lepas Sound ‘Penyondol’, Shuhada Muat Naik IG Story Terima Rawatan Di Hospital?

Shuhada Jalani Rawatan Hafidz Cerai

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.