in

“Thank you for the wonderful 5 months” – Ucapan Shila Amzah Buat Ubai Undang Tanda Tanya Peminat

Ft Shibai Main Wish Sweet Sweet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah membuat pengakuan mengenai percintaan mereka pada Februari lepas, kisah hubungan antara Shila Amzah dan Ubai kembali menjadi perhatian para peminat.


Terbaru, penyanyi yang terkenal menerusi lagu Patah Seribu ini ada membuatkan satu perkongsian yang menjadi tanda tanya ramai.

 

“Thank you for the wonderful 5 months”

Dalam ucapan yang dimuat naik oleh Shila Amzah menerusi Instagram miliknya, penyanyi ini mengucapkan terima kasih kepada Ubai atau Ubaidillah, untuk memori indah sepanjang 5 bulan mereka bersama dan menjelaskan bahawa Ubai adalah pasangan yang baik dan boleh menjaga anak Shila iaitu Seth dengan baik.

“I ucapkan semoga awak baik-baik sahaja, saya doakan awak dimurahkan rezeki, dan semoga awak dapat segala apa yang awak hajati, terima kasih untuk segalanya, saya akan ingat memori ini sampai bila-bila.”

Screenshot 2023 05 24 131410

Disebabkan itu, ramai netizen tertanya-tanya sama ada hubungan mereka sudah berakhir ataupun posting itu hanya sekadar tanda penghargaan menegenai percintaaan mereka, ada juga netizen yang hidu seolah-olah mereka bakal ke jinjang pelamin.

Screenshot 2023 05 24 132118 Screenshot 2023 05 24 132149 Screenshot 2023 05 24 132209 Screenshot 2023 05 24 132234

Bagaimanpun, menerusi ig story Ubai, dilihat seperti dia ada memberikan respon daripada kenyataan Shila.

Screenshot 2023 05 24 133106

Sebelum ini Harian Metro melaporkan bahawa pasangan ini telah membuat pengakuan bahawa mereka kini sedang dilamun cinta setelah timbul spekulasi antara mereka di media sosial. Jelas Shila, hubungan mereka ini direstui oleh ahli keluarga mereka sendiri.

Baca : Selalu Kena Tanya Masa TikTok ‘Live’ Ubai Nafi Tuduhan Duduk Serumah Dengan Shila

Ft Shibai Nafi Duduk Serumah

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.