in

“Tetap setia walaupun terluka” – Perkongsian Uqasha Senrose Undang Tanda Tanya

ft uqasha

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rumah tangga pasangan pelakon Uqasha Senrose dan Kamal Adli dilihat sedang menjadi tumpuan apabila timbulnya spekulasi yang mendakwa hubungan mereka kini sedang goyah.

Ia bermula daripada pemerhatian orang ramai apabila mereka berdua masing-masing dilihat tidak lagi saling mengikuti akaun Instagram.


Artikel berkaitan : Uqasha Senrose & Kamal Adli Selamat Timang Anak Sulung

Artikel berkaitan : “Tak perlu kot mulut tu memandai” –  Uqasha Senrose Jawab Tuduhan Bergambar Terlalu Rapat Dengan UAI

Keadaan jadi makin bertambah hangat setelah membaca perkongsian menerusi hantaran daripada Uqasha di Instagram. Ayat tersebut berbaur seperti keluahan seorang wanita yang bertahan dalam hubungan biarpun seringkali disakiti.

“Dia setia kerana itulah sifat dirinya, bukan sebab dia perlukan kamu. Dia tetap setia walau dia terluka. Dia ada walaupun awak tak sudi.”

“Dia sentiasa pilih awak, walau awak berikan banyak alasan untuk berbuat sebaliknya. Dia tidak lemah, dia cuma berbeza.”

“Kesetiannya bukan untuk kamu tapi cerminan hatinya, tapi jangan salah anggap dengan menyangka kesetiaannya sebab bergantung hidup dengan kamu.”

“Dia boleh hidup tanpa kamu, cuma dia pilih untuk percaya kamu. Dia selalu beri lebih daripada apa yang dia dapat. Suatu hari nanti dia akan berhenti buat itu semua bukan kerana benci, tapi kerana kekuatan yang ada padanya disimpan dalam diam.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen yang meluahkan rasa bimbang dengan keadaan Uqasha Senrose ini, mereka memberikan sokongan moral buatnya dalam menempuh dugaan dan ada yang meminta dirinya untuk mempertahankan perkahwinan.

uqasha uqasha 2 uqasha 3 uqasha 4

Difahamkan, ini bukanlah kali pertama hubungan pasangan berkenaan menjadi perhatian. Sebelum ini, desas-desus mendakwa Uqasha hadir ke mahkamah syariah untuk memfailkan penceraian pernah tular, namun dinafikan oleh kedua-dua pihak.

Sumber : Instagram, Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.