Anugerah Juara Lagu ke-34 sudah pun melabuhkan tirainya. Anugerah itu yang menyaksikan Naim Daniel dengan lagu Sumpah telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan untuk anugerah tersebut.
Walaupun begitu, netizen lebih tertarikl degan persembahan dari salah satu finalis pada anugerah tersebut, Drama Band yang mempersembahkan lagu berjudul Drama.
Persembahan yang boleh dikatakan penuh kontroversi itu telah menyentuh beberapa isu hangat dalam negara. Antaranya isu depresi yang dialami artis tempatan, isu rumah tangga pendakwah selebriti dan isu paling hangat yang didakwa berkaitan dengan bekas pemimpin tertinggi tanah air.
Bagi menjernihkan keadaan, vokalis kumpulan berkenaan, Aepul Roza menerusi akaun Instagram beliau, telah memuat naik permohonan maaf rasmi. Korang boleh baca kat bawah ni.
Teruskan buat muzik!
Walaupun telah dikecam hebat, Drama Band masih tampil professional dengan permohonan maaf tersebut. Langkah tersebut memang mendapat pujian dari netizen yang masih ingin melihat industri muzik kita berkembang.
Betul, mungkin satu hari nanti kita boleh. Kebebasan berkarya adalah salah satu daripada hak kebebasan bersuara gak. Kita tunggu je lah nanti.
Yang ni admin setuju, berani tampil minta maaf lepas ada kontroversi. Tapi memang betul pun, gimik dorang memang lain dari yang lain lah!
Secara tak langsung makin ramai orang kenal Drama Band walaupun pernah masuk AJL sebelum ni dengan lagu Biarkanlah. Pergh lagu tu mendayu weh kalau kena mood.
Apa-apa pun all the best lah untuk Drama Band di masa hadapan. Harap tak kena gam dengan media lah ye.
Baca: “Berani sungguh!” – Selain Aina Abdul, Persembahan AJL Drama Band Kena Buang Dari Youtube