in

“Teruklah perangai…” – Pelancong China Tak Bagi Kapal Terbang Berlepas, Paksa Tunggu Anak Habis Shopping

Pesawat Delay

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Teruklah perangai..." - Pelancong China Tak Bagi Kapal Terbang Berlepas, Paksa Tunggu Anak Habis Shopping
Loading
/

Inilah yang dikatakan pentingkan diri dan menyusahkan orang lain. Seorang pelancong dari China telah membuat seluruh penumpang sebuah kapal terbang bengang disebabkan perangainya.

Menurut Daily Mail, wanita tersebut telah menghalang kru kabin daripada menutup pintu pesawat dan menyebabkan perjalanan ditangguh. Kejadian itu berlaku di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok pada 15 Mei kira-kira jam 3.30 pagi waktu tempatan.


Penerbangan itu dijadualkan berlepas pada 3.30 pagi menghala ke Shanghai namun disebabkan tindakan wanita tersebut, mereka berlepas lewat 30 minit.

Tenangkan
sumber: daily mail

Video kejadian yang dirakam salah seorang penumpang menjadi viral di media sosial, menunjukan keadaan di dalam pesawat yang huru-hara. Menurutnya, wanita itu tak bagi pesawat tu berlepas hanya disebabkan anaknya yang belum sampai sebab masih sibuk membeli-belah!

Bukan tu je, anak dia siap call polis bantuan dekat lapangan terbang tu dan minta pesawat tersebut tunggu sampai dia selesai shopping! Dia juga beritahu polis yang dia dah check in tiga bagasi jadi pesawat tak boleh tinggalkan mereka sebab beg ada dalam kargo.

Tenangkan2
sumber: daily mail

Lepas permintaan dia tak dipersetujui, wanita tersebut duduk dekat jet bridge sambil tunggu anak dia dan seorang pekerja syarikat penerbangan tambang murah itu dilihat sedang bercakap dengannya.

Sementara tu, kru kabin di dalam pesawat cuba tenangkan 160 orang penumpang lain yang kelihatan stress dan tertanya-tanya. Selepas 30 minit, akhirnya dua beranak itu mengalah dan pesawat tersebut akhirnya berlepas dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong lewat satu jam pada jam 9.14 pagi.

Kru

Kru1

Penumpang2
sumber: daily mail

Tonton video ketika kejadian:

Baca: “Jangan bawa perangai buruk dari negara anda ke Malaysia”- Pelancong China Selamba ‘Berak’ Tepi Pantai Port Dickson

Feat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.