Masih ingat lagi kes pembunuhan Kevin Morais? Nampaknya kali ni ada pendedahan baru dalam kes pembunuhannya.
Menurut Sinar Harian, tertuduh keenam dalam kes ini memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa dia dan lima lagi tertuduh telah diugut supaya mengaku membunuh mendiang. Haa biar betul?!
S. Nimalan, 25, mendakwa ugutan tersebut telah dibuat oleh beberapa orang pegawai penjara pada 10 April lepas di Penjara Sungai Buloh sejurus pulang menghadiri perbicaraan kes itu di mahkamah yang sama.
Katanya ketika pemeriksaan utama Peguam V. Rajehgopal pada prosiding membela diri hari ke-13, tiga pegawai penjara menyuruhnya untuk membuang air besar dan waktu itu seorang daripada mereka datang berjumpa dengannya.
Pegawai tersebut memberitahu, dia telah berjumpa dengan tertuduh ketujuh iaitu S. Ravi Chandaran beberapa kali untuk menyuruhnya supaya mengaku dalam kes berkenaan.
“Pegawai itu memberitahu dia telah berbincang mengenai wang yang akan kami semua perolehi sekiranya kami semua mengaku dalam kes ini.”
Saksi pembelaan kelima itu berkata dia kemudian telah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut pada 17 April lalu selepas disuruh oleh Ravi Chandaran yang merupakan bapa saudaranya.
Tambahan pula, apabila ditanya sama ada tertuduh terlibat dalam kes pembunuhan itu, Nimalan menjawab dia tidak melakukan kesalahan tersebut.
Selain itu, R. Dinishwaran, A. K Thinesh Kumar, M. Vishwanath, Nimalan, Ravi Chandaran dan doktor tentera Kolonel Dr R. Kunaseegaran juga telah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh Kevin Morais .
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah akan bersambung esok.
Semoga perbicaraan berjalan dengan lancar.