in

Tersentuh Lihat Muslim & Kristian Sama-sama Berkumpul Untuk Sembahyang Minta Hujan Turun Di Australia

Collage 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekumpulan orang Islam telah berkumpul bersama-sama di sebuah taman untuk menunaikan solat meminta hujan bagi memadamkan api yang melanda hutan di Australia.


Menurut Daily Mail, lebih 50 lelaki, wanita dan kanak-kanak Muslim dan Kristian telah berkumpul di Bonython Park, Adelaide pada hari Ahad lalu meminta hujan diturunkan untuk petani dan mangsa kebakaran hutan tersebut.

23000480 7852909 Image A 21 1578195085922
Sumber: daily mail

Paderi Patrik Mclnerney yang turut sama turun padang bersama-sama umat Islam semasa solat tersebut dilakukan mengatakan yang dia datang ke situ untuk sama-sama mendoakan keselamatan Australia.

Hari ini saya berkumpul bersama saudara-saudari Muslim di Adelaide bagi meminta doa agar hujan turun.”

“Rakan saya, Profesor Mohamad Abdala telah memberikan khutbah tentang kepentingan bertaubat dan meminta perlindungan pada Tuhan yang Maha Pemurah”

23000484 7852909 Image A 22 1578195088129
Sumber: daily mail

Majlis ini dibuat sehari selepas seorang juruterbang, Dick Lang dan anak lelakinya, Clayton seorang pakar bedah terbunuh dalam kebakaran di Pulau Kangaroo, Barat Australia itu.

Anak beranak ini telah keluar untuk turut sama membantu memadamkan api dan terkorban ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah kerana terperangkap dalam api.

23000492 7852909 Image A 23 1578195105746
Sumber: daily mail

Akibat dari kebakaran ini, beberapa rumah, bangunan dan infrastuktur telah hangus dijilat api. Lebih dari 500 pegawai bomba pula masih meneruskan perjuangan mereka untuk mengawal kebakaran di sana.

Kalau korang nak tahu, bermula pagi Sabtu lalu, keadaan  di sana lebih tenang dan persekitaran disekeliling juga lebih sejuk secara tak langsung memudahkan urusan pihak bomba untuk menyambung tugasan mereka.

Pun begitu, kebakaran ini dijangkakan akan berterusan selama beberapa hari lagi.

Admin doakan orang-orang dekat sana selamat dan moga Allah turunkan hujan dan dapat memadamkan kebakaran. Aminnn

 

Baca: “Ya Allah… lepas satu, satu” – Selepas Bencana Kebakaran Hutan, Australia Diramal Bakal Dilanda Taufan Blake

Screenshot 2020 01 06 At 6.43.26 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.