in

Terperangkap Dalam Kesesakan Trafik, Wanita Gantung Nota ‘Ayah Baru Meninggal’ Demi Cepat Pulang

Syaz Ft 2026 06 04T124225.009

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah perkongsian di laman Facebook oleh pengguna bernama Nor Azah Nazarudin baru-baru ini menyentuh hati ramai pihak apabila memaparkan tindakan terdesak seorang wanita yang sedang berdepan ujian berat.

Wanita berkenaan yang ketika itu sedang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas pada hari Isnin lalu, bertindak menggantung sekeping nota pada kenderaannya yang tertera tulisan, ‘Maaf ayah saya baru meninggal’.


Artikel berkaitan: Pernah Terima DM Bagi Luahan Tentang Kepayahan Hidup, Pak Nil Sedih Pengirim Sudah Meninggal Dunia

Artikel berkaitan: “Depan mata saya” – Bapa ‘;Ah Ko’ Sayu, Masih Dihantui Tragedi Kemalangan Yang Meragut Nyawa Anak

Mohon Laluan Demi Tatap Jenazah Buat Kali Terakhir

Tindakan itu dipercayai dilakukan bagi memohon ihsan dan kerjasama daripada pengguna jalan raya yang lain agar memberikan laluan kepadanya untuk pulang melihat jenazah bapa tersayang buat kali terakhir.

Faham dengan situasi cemas dan beremosi tersebut, rata-rata pemandu di laluan berkenaan dilaporkan memberi kerjasama penuh bagi memudahkan urusan wanita itu.

 

Bapa Meninggal Dunia Secara Mengejut

Dalam pada itu, salah seorang ahli keluarga wanita terbabit yang dikenali sebagai Aida Rani memaklumkan bahawa pemergian bapa wanita berkenaan berlaku secara tiba-tiba tanpa disangka-sangka.

Cats 3

“Ini cucu saudara saya. Ayahnya meninggal secara mengejut,” kongsinya ringkas.

Ahli Keluarga Titip Ucapan Terima Kasih

Susulan penularan hantaran tersebut, wakil keluarga wanita berkenaan, Farizul Haikal, tampil menzahirkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada semua pemandu yang sangat bertoleransi ketika kejadian.

2 1

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.