in

“Terpengaruh cerita lucah rakan” – Staf Hospital Cabul, Raba & Curi Seluar Dalam Pesakit Lelaki Tapi Nafi Dirinya Homoseksual

Collage 12

Ahad lalu, seorang pesakit lelaki di sebuah hospital di Kuala Lumpur telah membuat laporan polis mengatakan dia telah dicabul oleh kakitangan hospital tersebut yang juga seorang lelaki.

Menurut Harian Metro, kakitangan hospital itu telah menggunakan taktik dengan meminta suspek yang tiba untuk mendapatkan rawatan kerana demam denggi untuk menukar pakaian.

Namun, bila mangsa telah menukar pakaiannya kepada pakaian hospital, dia telah di bawa ke bilik x-ray dan suspek berpura-pura memeriksa mangsa dengan mengarah mangsa untuk membuka seluar.

Suspek didakwa meraba, mencabul dan melakukan perbuatan keji kepada mangsa beberapa minit sebelum menghentikan perkara tersebut bila seorang doktor masuk ke dalam bilik itu.”

Mangsa yang merasa pelik dengan tindakan pekerja hospital tersebut telah menceritakan kejadian itu kepada doktor serta mengatakan seluar dalamnya turut dicuri.

Ekoran ini, mangsa yang trauma ini telah pun membuat laporan polis selepas mendapat nasihat daripada doktor.

Generic Dprss

Kakitangan hospital ini telah pun ditahan di rumahnya petang semalam dan mengaku telah mencabul pesakit tersebut selepas dia terpengaruh dengan cerita lucah rakan sekerjanya yang mendakwa pernah melakukan perkara seperti itu kepada pesakit wanita.

Disebabkan itu, suskpek telah memendam perasaan dan berimaginasi sehingga dia berjumpa dengan mangsa berusia 27 tahun itu.

Suspek mengaku melakukan perbuatan itu, namun menafikan dirinya homoseksual.”

Susulan dari penahanan, pihak polis turut merampas seluar dalam milik mangsa dan suspek kini dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil.

Kes ini kini sedang disiasat mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan.

 

Baca: “Lepas ni pegawai ATM handle” – Banduan Positif Covid-19 Buat Gangguan Seksual Pada Frontliner, Dipindahkan Dari Hospital

Screenshot 2020 11 06 At 3.02.11 Pm