Selepas mesyuarat tergempar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkenaan genjatan senjata dalam konflik Israel dan Palestin, bagaimanapun sebanyak 14 negara telah menolak resolusi tersebut.
Antara negara yang menyokong gencatan senjata itu termasuklah Malaysia, Rusia dan Korea Utara serta 117 negara lain.
Baru-baru ini, sebuah video tular yang memaparkan lapangan terbang di Rusia dipenuhi dengan rakyat Rusia yang ingin ‘mencari’ penumpang penerbangan dari Tel Aviv yang dikatakan akan mendarat di lapangan terbang di Dagestan.
Lepas dengar ada penerbangan dari Tel Aviv, punyalah ramai penduduk Makhachkala turun sana nak “berjumpa”. pic.twitter.com/y6Ci8rVhoJ
— Ahmad Faezal (@AhmadFaezal4) October 29, 2023
Dalam beberapa video yang tular di media sosial, kelihatan kawasan lapangan terbang itu dipenuhi rakyat tempatan sehinggakan ada beberapa individu yang cuba memasuki kawasan balai perlepasan.
Kena serbu ??? pic.twitter.com/15zugcJcZF
— hantu pocong (@hantupo69811886) October 29, 2023
Menurut laporan AP, pihak berkuasa menutup lapangan terbang di Dagestan itu dan difahamkan wilayah itu didominasi penduduk Islam.
Kementerian Kesihatan Dagestan berkata lebih 20 orang cedera dan dua dalam keadaan kritikal termasuklah pegawai polis dan orang awam.
Sebagai info, wilayah Dagestan ini merupakan tempat kelahiran ramai atlet mixed martial arts (MMA) seperti Khabib Nurmagomdeov dan Islam Makhachev.