in

“Terpaksa pakai sebab face mask terhad”- Muka Jururawat ‘Terbakar’ Lepas Guna Face Mask Yang Dicuci Dengan Peluntur

Combine Nurse 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai petugas kesihatan sudah pasti terdedah dengan pelbagai jenis penyakit terutamanya pada musim penyakit Covid-19. Langakah-langkah keselamatan perlu diambil bagi memastikan keselamatan kakitangan yang bertugas sentiasa terjamin.


Namun, hal tersebut tidak berlaku bagi seorang jururawat yang bertugas di salah sebuah hospital di Vladimir, barat Rusia. Dilaporkan kulit mukanya ‘terbakar’ lepas menggunakan set perlindungan diri yang telah dibasuh semula menggunakan peluntur, lapor Mirror.

K3

Menurut laporan media tempatan, kakitangan di hospital berkenaan terpaksa menggunakan face mask yang sama berulang kali.

Bukannya face mask boleh guna sekali je ke?

Hal ini menyebabkan jururawat yang dikenali sebagai Olga Ovinnikova mengalami kesan luka seakan-akan terbakar selepas menggunakan face mask yang sama.

K4

Sebelum face mask diguna semula,ianya akan dibasuh menggunakan peluntur. Hal ini demikian kerana hospital berkenaan kekurangan set perlindungan diri yang dan mendorong mereka untuk terpaksa reuse semula face mask selepas dibersihkan menggunakan peluntur.

K2

“Selaps shift kerja saya habis, saya tengok muka saya dah jadi macam ni” 

Emmanuil Zdanovsky, individu yang menguruskan hopsital berkenaan menolak dakwaan yang face mask dan set perlindungan diri yang digunakan oleh kakitangan dicuci menggunakan peluntur.

Dalam hal itu, pihak berkuasa mengesahkan sebaliknya dan didapati banyak pelanggaran setelah pemeriksaan kemudahan perubatan dijalankan.

 

Baca : Tak Kisah Set PPE Kurang, Wanita Ini Simpan Banyak Stok PPE, Face Mask Dan Sarung Tangan Kat Rumah!

Ppe

 

Sumber: Mirror
Sumber: Mirror
Sumber: Mirror

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.