in

“Terpaksa call bomba” – Hampir 1 Jam Ketuk Pintu Tapi Tak Dibuka, Ingatkan Anak Meninggal Rupanya ‘Tidur Mati’

Feat Tidur Mati

Gara-gara tidak menyahut dan membuka pintu rumah hampir sejam, keluarga seorang pemuda terpaksa menghubungi pasukan bomba dan penyelamat untuk dapatkan bantuan.

Menurut Harian Metro, pemuda berusia 21 tahun yang disangka sudah meninggal dunia oleh keluarganya itu rupa-rupanya hanya ‘tidur mati’.

Kejadian itu berlaku di Pangsapuri Kenari, Bandar Baru Kangkar Pulai, Johor Bahru dan pihak bomba menerima makluman daripada keluarga tersebut kira-kira jam 10.59 malam. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Riduan Akhyar berkata,

Pasukan berkekuatan 10 anggota tiba di kediaman berkenaan dan segera memulakan operasi membuka pintu dengan peralatan khas, namun ketika itu juga mangsa yang didakwa terperangkap tiba-tiba membuka pintu dari dalam.”

Pintu

Menerusi soal siasat, ibu bapa dan tiga adik mangsa memberitahu keluar ke kuil berhampiran dan apabila pulang, mereka mendakwa hampir sejam mengetuk pintu namun mangsa tidak membukanya.”

Bimbang kejadian buruk dan menyangka mangsa maut, keluarga itu menghubungi talian kecemasan.”

Pemuda itu berkata dia terlalu penat menyebabkannya tidak mendengar bunyi ketukan pintu rumah.

Baca: Call Bomba Gara-gara Nampak Kepala Ular, Rupa-rupanya Kepala Katak Saiz Telur Ayam Gred C

Ft Katak Final

Sumber: Kosmo!