in

“Suka tengok dia dekat TV” – Pembaca Berita Hangus Terbakar, Sempat Lari Masuk Selamatkan Ibu Bapa

Hangus Terbakar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pembaca berita berusia 26 tahun maut dalam kebakaran yang memusnahkan rumahnya semalam. Kejadian itu berlaku di sebuah pangsapuri dekat Hong Kong kira-kira jam 4 pagi.


Menurut WOB, Zeng Yingxin merupakan pembaca popular terkenal dan diminati ramai penonton program di stesen televisyen kerana sifatnya rupanya yang manis dan sentiasa ceria.

Zeng5

Zeng1
sumber: wob

Ketika kejadian, rumahnya yang terletak di tingkat enam di apartmen dekat Shatin, Hong Kong telah terbakar. Pihak bomba dimaklumkan tentang kebakaran itu dan tiba di tempat kejadian kira-kira 5 minit kemudian. Namun, malangnya ketika mereka tiba, api sudah marak dan tidak dapat dikawal.

Rupa-rupanya, Zeng sebenarnya sudah terselamat dan keluar namun dia masuk semula ke dalam rumah untuk kejut ibu bapanya bangun dari tidur ketika api sedang marak.

Selepas itu, Zeng berlari semula ke dalam bilik dan kedua ibu bapanya berjaya diselamatkan. Namun bila pihak bomba tiba, dah terlambat untuk mereka selamatkan Zeng dan mayat Zeng dijumpai terbaring dan hangus di dalam biliknya.

Zeng4

Zeng2

Zeng3
sumber: wob

Ibu bapanya mengalami kecederaan ringan serta kini dalam rawatan selepas terhidu asap tebal. Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak polis. Ramai netizen serta rakan kerja bersedih di atas pemergiannya dan sikapnya yang disenangi itu akan sentiasa dirindui mereka.

Baca: “Enam orang disoal siasat tapi…”- Dua Wartawan Ditemui Mati Dalam Ladang Kelapa Sawit!

Lates

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.