in

Call Bomba Gara-gara Nampak Kepala Ular, Rupa-rupanya Kepala Katak Saiz Telur Ayam Gred C

Ft Katak Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila dah memilih kerjaya sebagai ‘abang dan akak bomba’ ni, sudah tentu terpaksa berdepan dengan banyak situasi yang sukar dan mencabar sehingga boleh mengancam nyawa.


Namun, tidak terkecuali juga berlakunya insiden-insiden yang tidak terjangka dan melucukan gara-gara ‘panggilan’ kecemasan.

 

‘Cuak’ nampak kepala ular

Seperti kejadian lucu yang berlaku baru-baru ini, sekumpulan anggota bomba di Melaka ini ‘tertipu’ setelah menerima panggilan kecemasan daripada mangsa yang ‘cuak’ melihat objek yang disangkakan ular.

Pada hari kejadian, seorang pekerja penyelenggaraan takut apabila melihat objek yang seakan-akan kepala ular dalam lubang pada pangkal pokok mangga.

Dia kemudiannya telah membuat panggilan kecemasan untuk meminta bantuan gara-gara takut ular itu akan mencederakan orang lain.

Pihak bomba yang menerima panggilan kecemasan itu terus ‘berdesup’ menghantar krew penangkap ular ke tempat kejadian.

 

Rupanya kepala katak saiz telur ayam 

Namun apa yang menggelikan hati, kepala ular yang disangkakan itu rupa-rupanya adalah kepala katak yang saiznya hanya sebesar telur ayam gred C!

Feat Katak

Aduh katak pun, buat saspen je. 

Menurut Kosmo!, Komander (Operasi) Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Ayer Keroh, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Hamdan Sudin berkata, pihaknya ada menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.53 petang yang mendakwa terdapat ular di Taman Bukit Baru di belakang sebuah pusat beli-belah Ayer Keroh.

 

7 minit je bantuan dah sampai

Berhubung dengan panggilan itu, pihaknya telah menghantar sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Unit Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS) bersama dengan kekuatan lapan orang anggota untuk bergegas ke lokasi kejadian 7 minit kemudian.

Melalui hasil pemeriksaan, pihak bomba berjaya menjumpai seekor katak yang bersaiz sebiji telur ayam gred C yang ‘menyorok’ di dalam lubang pada pangkal pokok mangga berkenaan dan bukanlah ular seperti yang didakwa pengadu.

Tambahnya, pengadu juga turut memohon maaf disebabkan kesilapan itu namun, pihaknya menganggap ia sebagai satu insiden yang melucukan.

Pengadu amat berhati-hati terhadap sebarang kemungkinan yang boleh membahayakan nyawanya.  

Sabar je lah abang bomba, anggap sebagai penghilang stress bekerja. 

Baca: “Angkut guna forklift” – Buaya Tembaga Seberat 800kg Berjaya Ditangkap Bomba Dekat Longkang Belakang Sekolah Baca Bomba

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.