“Itupun masih ada yang tak hargai” – Selalu Orang ‘Expect’ Bomba Cepat Sampai Tapi Tengoklah….

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



“Itupun masih ada yang tak hargai” – Selalu Orang ‘Expect’ Bomba Cepat Sampai Tapi Tengoklah….

&nbsp
 
00:00 /
 
1X

Bila ada je kes kecemasan, pasukan bomba dan penyelamat adalah yang kita cari. Bukan setakat selamat orang, mereka juga selamatkan haiwan seperti kucing, anjing dan macam-macamlah. Pendek kata, mereka ni memang hero yang tak didendang. Admin rasa, kita sebagai rakyat tak cukup hargai mereka in return kepada jasa dan pengorbanan pasukan ni.

Macam-macam yang dorang lalui di belakang tabir sewaktu, sebelum atau selepas misi menyelamat. Ada yang tercedera, ada yang mungkin tak sempat makan atau apa saja lah.

Macam dalam video yang viral dekat Internet baru-baru ni. Menurut Daily Mail, kejadian berlaku dekat bandar Tianjing di China tu menunjukkan apa yang berlaku di balai bomba saat pasukan penyelamat kelam kabut nak get ready lepas terima panggilan kecemasan.

Sumber: Daily Mail

Dalam video rakaman CCTV tu, ramai anggota bomba dilihat lari bertempiaran macam tak tentu arah. Masing-masing nak get ready dengan pakaian serta peralatan keselamatan untuk misi menyelamat.

Dalam pada berlari tu, seorang anggota tergelincir disebabkan lantai yang licin tetapi dia terus bangun dan kelam kabut dapatkan barang dia. Tak lama lepas tu, seorang lagi anggota pula tergelincir juga.

Sumber: Daily Mail

Kalau kita terjatuh atau tergelincir mesti kita duduk dulu dan mengeluh sakit. Tapi, mereka tak mempedulikan tentang itu semua dan tetap rushing nak bergegas ke tempat kejadian.

Anggota bomba yang jatuh tak nampak pun terkejut bila tergelincir dan fortunately, mereka tak alami apa-apa luka atau kecederaan. Mungkin some of you guys fikir, ‘ala jatuh sikit je pun’, tapi apa yang nak ditekankan dekat sini adalah pengorbanan anggota bomba yang orang tak nampak. Contoh terdekat macam yang berlaku dalam video ni lah.

Tonton video tu di bawah:

Lepas ni kalau terjumpa abang bomba, ucap terima kasih dekat dorang sebab jasa dorang tak terhitung dengan jari…

Baca: “Bila kena kecam, baru nak rasa bersalah” – Kutuk Bomba Kaki Tidur, Makan & Tak Berguna, Lelaki Ni Kena Hentam Dengan Netizen Sampai Serik!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!