in

Terowong LRT Laluan Kelana Jaya Dibina Bawah Kubur, Ini Misteri Yang Pernah Berlaku!

Dwf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

LRT laluan Kelana Jaya merupakan pengangkutan awam yang paling sibuk di Lembah Klang lebih-lebih lagi semasa waktu puncak kerana ia satu-satunya platform transit untuk pengguna menukar jajaran atau laluan lain seperti MRT dan Laluan Ampang.


LRT tersebut dibina dengan 37 stesen sejauh 46.4km dengan menghubungkan kawasan Gombak dan Putra Heights yang membawa anggaran 250,000 pengguna setiap hari.

Tapi korang tahu tak rupanya LRT laluan Kelana Jaya ini menyimpan pelbagai misteri dan kisah mistik yang pernah dikongsikan oleh beberapa pengguna pengangkutan awam itu?

Terowong LRT dibina bawah kubur

Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan terowong LRT laluan Kelana Jaya yang dikatakan dibina bawah sebuah tanah perkuburan di Kuala Lumpur.

Video berdurasi 22 saat itu telah dikongsi di laman TikTok oleh Radin Fikri (@radinfikri) yang memaparkan sebuah animasi grafik mengenai terowong LRT laluan Kelana Jaya yang melintasi bawah Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang.

@radinfikri

betul ke, cer komen. #tiktok #seram #paranormal #malaysiatiktok #malaysia #anker #kl

♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound

Dah check di Google Maps, rupanya memang betul!

Video tersebut mengundang persoalan netizen mengenai kesahihan tentang perkongsian tersebut. Untuk membuktikan perkara tersebut, seorang pengguna TikTok juga telah melakukan kajiannya sendiri dengan membuat carian di Google Maps berkenaan jalur laluan LRT tersebut sebagai pengesahan.

Melalui carian tersebut, perkara tersebut adalah benar dan memang laluan LRT tersebut dibina bawah tanah perkuburan. Difahamkan, laluan yang dibina bawah kubur tersebut menghubungkan antara stesen Kampung Baru dengan Stesen KLCC.

@jagan8040

#kubur

♬ Sad Sound – Silent Knights

 

Screenshot 2022 08 09 At 2.35.42 Pm

Rupanya banyak misteri yang berlaku dan rahsia disimpan

Sejak berpuluh tahun pembukaan laluan ini, banyak kisah misteri pernah berlaku yang diceritakan oleh pengguna perkhidmatan itu dan ada juga daripada staf-staf yang berkerja di sana.

Terowong terletak lebih 40 meter di bawah tanah atau menyamai kedalaman tujuh hingga lapan tingkat bangunan itu menyimpan kisah unik, termasuk berunsurkan mistik.

      1. Lelaki berjubah putih

Docutowong1 O Bhfield Image Listing Featured

Sebenarnya kisah lelaki berbaju putih ini boleh dikatakan menjadi perbualan sejak tahun 1999 dimana ramai pengguna melihat kelibat lelaki itu di kebanyakan stesen terowong LRT laluan Kelana Jaya.

Menurut BH, wartawan mereka pernah melihat sendiri sosok tubuh lelaki berjubah putih yang samar-samar muncul dalam satu foto yang dirakam di salah satu stesen di terowong LRT tersebut.

Tambahan pula, pekerja di sana juga mengakui yang mereka juga pernah melihat penampakan lelaki yang memakai baju putih dan berserban, ketika hendak menamatkan operasi di Stesen LRT Kampung Baru.

“Ketika itu sekitar awal pagi dan saya ada tegur dia (lelaki berjubah), tetapi tiba-tiba disedari hilang di kawasan dinding begitu saja, berhampiran kawasan bawah kaunter.”

Namun, kisah ini dikaitkan oleh orang ramai mungkin roh tersebut adalah datangnya dari tanah perkuburan itu sendiri.

       2. Kelibat pocong di stesen KLCC

Screenshot 2022 08 09 At 3.39.00 Pm

Kisah ini telah tular di telinga masyarakat mengenai kelibat pocong yang dilihat di stesen KLCC. Ia telah menjadi bualan sejak tahun 2015 lagi dan kesahihan masih belum terbukti. Tapi min nak cerita juga berkenaan kisah ini hehehe..

Kisah ini terjadi pada tahun 2003 dan dikongsi oleh Blanka mengenai pengalaman yang dialami saudaranya semasa menaiki LRT di Kuala Lumpur.

Kesahihan masih tergantung hingga kini dan min harap korang tidak terlalu mengambil serius mengenai kisah seram yang dikongsi ini.

Perjalanan Train Malam Yang AngkerNama saya BLANKA.Cerita ini terjadi sekitar tahun 2003… pada masa itu di Kuala…

Posted by Orang Wangsa Maju on Thursday, January 28, 2016

Kes yang melibatkan terowong LRT laluan Kelana Jaya
Meskipun dihimpit dengan kisah misteri dan mistik, terowong ini juga tidak lari daripada kes-kes yang melibatkan operasi tren dan keselamatan pengguna. Terdapat beberapa kes ataupun insiden pernah berlaku melibatkan di dalam terowong LRT ini.

          1.  Insiden terkandas 11 September 2016

Delay In Evacuation During Lrt Breakdown Leads People To Question Existence Of Standard Operation Procedure World Of Buzz

Insiden perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) tergendala menyebabkan penumpang terkandas di laluan bawah tanah pada tahun 2016, membuka kisah kewujudan jajaran terowong di bawah Tanah Perkuburan Islam Ampang.

Suasana cemas ketika insiden itu telah dikongsi oleh salah seorang mangsa, Arif Rusli yang menceritakan pengalamannya terkandas di dalam terowong LRT selama 35 minit.

Tren tersebut dikatakan terkandas di antara stesen KLCC ke stesen Kampung baru dan dia juga menyatakan kesukaran bernafas semasa kejadian berlaku.

Dia juga melihat beberapa penumpang LRT sudah mulai cemas dan takut sehingga ada yang cuba untuk memecahkan tingkap LRT tersebut untuk keluar dengan secepat mungkin.

“Ramai orang dah mula jerit untuk pecahkan tingkap pintu. Betapa terdesaknya kami pada masa itu.”

 

      2. Perlanggaran LRT Kelana Jaya 2021

1083224

Insiden ini boleh dicatat sebagai kemalangan pertama yang boleh dikatakan dahsyat pernah berlaku dalam sejarah LRT ini beroperasi. Kemalangan tersebut mencederakan 213 penumpang termasuk 166 orang cedera ringan dan 47 orang cedera parah.

Dikatakan perlanggaran tersebut berlaku di antara stesen KLCC dan stesen Kampung baru dan berlaku pada 24 Mei 2021, jam 8:34pm. Siasatan awal mendapati, kemalangan adalah disebabkan kecuaian hostler yang memandu gerabak dalam arah yang salah.

Kesemua penumpang yang terlibat mendapat pampasan sebanyak RM1,000 seorang dan rawatan percuma kepada mangsa yang perlu mendapatkan rawatan selanjutnya di hospital.

Lrt Berlanggar Pampasan Mekanika1 700X470 1

Insidenlrttembung1 1621918552

Walaupun pelbagai kes dan kisah misteri yang telah menghantui jajaran terowong LRT ini, ia tetap menjadi pilihan utama rakyat Malaysia dalam menjadikan LRT laluan Kelana Jaya sebagai pengangkutan yang utama untuk mencari rezeki di ibukota.

Apa yang berlaku semua ada hikmah. Yang baik kita ambil, yang buruk kita jadikan pengajaran.

Baca: “Dah macam tin sardin!” – Netizen Kongsi Kekeluhan LRT Buat ‘Hal’ Semasa Waktu Puncak

Screenshot 2022 08 09 At 4.31.53 Pm

Sumber: Portal
Sumber: Portal
Sumber: Portal
Sumber: Portal
Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.