in

Terlupa Bawa Keluar Cucu, Budak 3 Tahun Maut Lepas Terperangkap 5 Jam Dalam Kereta

Collage 59

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun ditemui mati selepas terperangkap selama lebih kurang lima jam di dalam kereta, Ahad lepas.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Mohd Sohaimi Ishak, pihak polis telah menerima laporan dari Hospital Sultan Ismail mengatakan seorang kanak-kanak telah dibawa mati ke hospital pada jam 6.41 petang, lapor FMT.


Siasatan pada hari yang sama mendapati, nenek kanak-kanak tersebut telah membawa cucunya ini dan kakaknya ke sekolah di Sungai Tiram pada jam 1 pagi menaiki Perodua Alza.

Fmt Garisan Polis 21.02.2019 1

Setibanya di rumah, nenek mangsa secara tak sengaja telah tinggalkan mangsa di dalam kereta dan mematikan enjin sebelum masuk ke dalam rumah.

Sohaimi berkata, lebih kurang jam 6 petang, ibu mangsa sedar yang anaknya itu tak ada di rumah selepas cuba mencarinya. Ketika itu barulah neneknya tersedar yang mangsa tertinggal dan ditemui tak sedarkan diri di lantai kerusi belakang kereta.

Bedah siasat di Hospital Sultan Ismail pada hari Isnin lalu menunjukkan tiada sebarang lebam mahu pun kecederaan ditemui pada badan mangsa.

Doktor mengesahkan mangsa meninggal kerana strok haba selepas terperangkap di dalam kereta.

Tambah Sohaimi, kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh mendapat hukuman penjara tak melebihi 20 tahun, denda tak lebih RM50,000 atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.

 

Baca: “Terlupa ada dkt seat belakang” – Kanak-Kanak 3 Tahun Maut, Pengetua Tadika Tertinggal Dalam Kereta & Hanya Sedar 5 Jam Kemudian

Screenshot 2021 04 29 At 1.53.51 Pm

Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.