in

Suami Terlalu Sempurna, Ini Punca Bekas Isteri Tinggalkan Legenda Madrid Ricardo Kaka?

Kaka Terlalu Sempurna

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama pemain legenda bola sepak, Ricardo Kaka meraih perhatian pengguna media sosial baru-baru ini susulan tular pendedahan bekas isterinya, Caroline Celico mengenai alasan mereka bercerai 9 tahun lalu.


Menerusi pendedahan dalam sebuah portal antarabangsa, wanita berusia 36 tahun itu mengakui bahawa bekas pemain AC Milan dan Real Madrid itu terlalu sempurna sepanjang perkahwinan mereka.

“Kaka tidak pernah mengkhianati saya, dia sering melayani saya dengan baik. Dia berikan saya hidup yang indah, tetapi saya tidak gembira kerana ada sesuatu kurang memuaskan,” katanya.

Artikel berkaitan: “Sekarang hari-hari aku stalk FB dia” – 2 Tahun Bercerai, Wanita Menyesal Curang Dengan Suami Baik

Artikel berkaitan: “Aku isteri dari neraka” – Wanita Mengaku, Selalu Ajak Suami Bergaduh Walau Hubungan Baik 

2641469

Perasaan itu akhirnya membuatkan hubungan 10 tahun mereka retak dengan masing-masing kini sudah mendirikan rumah tangga sendiri dengan pasangan pilihan.

Susulan kenyataan itu, ramai yang mengkritik dan menganggap alasan tersebut tidak masuk akal.

“Berita palsu”

Celico bagaimanapun menafikan kenyataan mengenai punca perceraiannya dengan pemenang Anugerah Ballon d’Or. Dia mendakwa laporan terbabit palsu dengan mengatakan hubungannya bekas suaminya dalam keadaan baik.

“Saya bercerai 10 tahun lalu dan dikurniakan dua cahaya mata dan kini sudah hampir 8 tahun saya bersama suami, Eduardo Scarpa.

“Saya menghormati kisah silam saya dan bersyukur dengan kehidupan sekarang. Bekas suami dan saya sama-sama menjalankan tanggungjawab untuk membesarkan anak-anak kami,” katanya.

Untuk info, Kaka kembali mendirikan rumah tangga bersama Carolina Batista sementara bekas pasangannya tersebut mengahwini Eduardo Scarpa dan bakal menimang cahaya mata pada bulan depan.

Sumber: Punch

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.