in

“Aku isteri dari neraka” – Wanita Mengaku, Selalu Ajak Suami Bergaduh Walau Hubungan Baik

Isteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, seorang wanita telah meluah perasaan di laman Twitter dan menggelar dirinya ‘isteri dari neraka’.


Menurut posting dari Twitter TwtWedding tersebut, wanita tersebut berkata, bukan suami sahaja yang selalu ‘buat hal’, perempuan pun sama.

“Aku berkahwin pada usia yang muda berbanding kawan-kawan. Husband pula lebih tua berbanding aku. Nasib baik, suami ada kerja yang elok dan stabil.

“Selalunya kita dengar tentang suami yang curang atau dayus, tapi kali ini tak. Kali ini cerita tentang isteri dari neraka. Akulah isteri dari neraka itu.

Kata confessor tersebut, suaminya cukup sempurna. Ahli keluarga mentua juga baik, tak pernah berikan sebarang tekanan.

Isteri
Tangkap layar ‘confession’ wanita tersebut di twitter

“Jadi, kenapa aku isteri dari neraka? Aku bukan perempuan yang solehah. Aku selalu emosi dan ajak bergaduh. Padahal aku bukannya nak bergaduh, tetapi aku cuma nak perhatian suami.

“Kami bergaduh terlalu banyak, sampaikan aku pernah minta cerai pada suami.

Tetapi, suami confessor tersebut tetap tenang dan tidak pernah meminta untuk bercerai walaupun sudah berkali-kali diasak soalan yang sama.

“Sebenarnya, aku ada mental disorder. Tetapi, aku taknak gunakan masalah mental sebagai alasan. Setiap hari aku nak jadi isteri baik demi dia, tapi setiap kali juga masalah yang sama berlaku lagi sampaikan suami rasa tak tahan,” luahnya.

Rata-rata netizen meluahkan rasa risau terhadap perkahwinan yang dialami oleh confessor tersebut.

Ada juga yang kata mungkin rumah tangga confessor tersebut dilanda sihir!

Namun, kebanyakan besar warganet menasihati confessor agar berjumpa kaunselor perkahwinan. Ada juga yang minta confessor pergi berubat supaya dapat dijauhkan daripada insan-insan yang berniat jahat.

Hmm, apa pendapat korang?

Baca: Busuk Hati Kedai Makan Laris, Suami Isteri Didakwa Cedera Disimbah Asid

Isteri

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.