in

[TERKINI] Video Semburit Konon Libatkan Menteri, Peguam Negara Putuskan ‘Tiada Individu Akan Didakwa’

Featured 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini negara kecoh dengan penyebaran klip video intim didakwa libatkan menteri, beberapa nama disebut sebagai individu terlibat dalam klip seks berkenaan.


Namun sehingga kini tiada individu yang didakwa susulan tersebarnya video tersebut.

985C1528259A94814Ba2Db6A9418Ac41
Sumber: malaysiakini

Terkini, Jabatan Peguam Negara membuat keputusan untuk tidak membuat apa-apa pertuduhan kepada mana-mana pihak berhubung video tersebut.

Tiada pertuduhan yang boleh dibuat berhubung dengan kes video seks itu”.-Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas

Tommy Thomas 20190111123712 Bernama
Sumber: the edge markets

Ujarnya sisatan telah dijalankan dibawah seksyen 377B dan 377D Kanun Keseksaan dalam memastikan fakta berhubung video itu.

“Dalam hal keadaan-keadaan ini dan setelah menyemak keterangan yang telah dikumpulkan dan dikemukakan oleh PDRM (Polis Diraja Malaysia) kepada Jabatan ini, Timbalan Pendakwa Raya sebulat suara mengesyorkan kepada saya bahawa tiada pertuduhan boleh dibuat berhubung dengan video berkenaan.”

Tan Sri Tommy berkata dia telah menerima syor berkenaan dan membuat keputusan untuk tidak mendakwa mana-mana pihak.

Katanya lagi keputusan itu selaras dengan amalan biasa, namun ujarnya penyiasatan boleh dibuka semula jika dan apabila keterangan baru diperoleh, lapor Astro Awani.

Tan Sri Tommy memaklumkan yang klip-klip tersebut telah dihantar kepada pakar di dalam dan luar negara bagi menentukan ketulenan dan pengecaman wajah individu terlibat.

Dalam kenyataan yang sama, Tommy berkata PDRM juga gagal kenalpasti individu terlibat disebabkan resolusi rendah, kualiti video serta rangka yang tidak jelas.

Sebelum ini Cybersecurity Malaysia menyimpulkan walaupun video tersebut dianggap tulen, pengecaman wajah tidak dapat dipastikan kerana resolusi rakaman yang rendah.

Baca : Hasil pengecaman wajah adalah negatif- Azmin Ali Tidak Terlibat Dalam Video Semburit, Ada Pihak Diupah Ratusan Ribu Ringgit

2 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.