in

“Hasil pengecaman wajah adalah negatif”- Azmin Ali ‘Tidak Terlibat’ Dalam Video Semburit, Ada Pihak Diupah Ratusan Ribu Ringgit

Featured 36

Lewat petang semalam, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) ada mengeluarkan kenyataan mengenai status video intim yang didakwa libatkan menteri kanan kabinet.

Ramai yang mula mendakwa penglibatan menteri di dalam video intim tersebut selepas Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador mengesahkan video tersebut adalah tulen.

Tapi!

Dalam kenyataan terbaharu, beliau mengesahkan yang Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (seperti didakwa) tidak dapat dikaitkan sebagai pelaku dalam video semburit tersebut.

Datuk Seri Abdul Hamid berkata

Hasil proses pengecaman wajah (facial recognition) adalah negatif dan tidak dapat mengaitkan pelaku di dalam video tersebut dengan individu yang dimaksudkan”.

67415649 1165268093668505 4367131220543275008 N

67155072 1165268117001836 409137047018668032 N
Sumber : facebook

Lebih mengejutkan dalam kenyataan tersebut, siasatan polis mendapati wujudnya pakatan jahat yang didalangi seorang pemimpin sebuah parti politik bertujuan mengaib dan menjatuhkan reputasi individu tertentu.

Video yang disebarkan dengan tujuan membangkitkan kegusaran masyarakat tersebut, telah dihasilkan oleh pihak yang diupah ratusan ribu ringgit”.

 

Makin panas nampaknya story ni, yang jelas kita tunggu je hasil siasatan polis okay.

Baca : Video semburit tulen- Terkini! Ketua Polis Negara SAHKAN Video Ranjang Didakwa Libatkan Menteri Adalah Tulen

Video Tulen