in

[TERKINI] Terdapat Rakaman Audio Perbualan, Ibu Zara Qairina Akan Serah Telefon Bimbit Kepada Polis

syaz ft 2025 08 07T113212.819

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terdapat rakaman audio perbualan di antara Zara Qairina serta ibunya, susulan itu ibunya akan menyerahkan telefon bimbitnya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu hari ini.

Peguam Hamid Ismail dan Shahlan Jufri berkata telefon bimbit itu mengandungi rakaman audio perbualan antara anak dan ibu yang boleh membantu siasatan yang sedang dijalankan.


Artikel berkaitan: Peguam Minta Individu Dakwa Zara Dimasukkan Dalam Mesin Basuh Tampil Beri Bukti Kepada Polis

Artikel berkaitan: Timbul Dakwaan Zara Dimasukkan Ke Dalam Mesin Basuh, Peguam Minta Hentikan Spekulasi

“Bagi membantu siasatan polis yang sedang dijalankan, anak guam kami, Noraidah, akan menyerahkan telefon bimbitnya yang mengandungi rakaman audio perbualan telefon antara beliau dan Zara kepada pihak polis petang ini di IPD Kota Kinabalu di Kepayan,” katanya.

Dalam pada itu, pasukan peguam kepada ibu Zara Qairina turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) kerana telah memulangkan semula laporan siasatan awal penuh berhubung kematian Zara kepada polis semalam, bersama arahan untuk beberapa tindakan lanjut sebelum sebarang langkah seterusnya diambil.

Sebelum ini, Zara, pelajar Tingkatan Satu di sebuah sekolah agama di Papar, Sabah, ditemui tidak sedarkan diri selepas didakwa terjatuh dari bangunan asrama. Dia disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) pada jam 1.07 tengah hari, 17 Julai lalu.

Kes ini tular di media sosial selepas dakwaan berlaku kejadian buli, termasuk dakwaan mengaitkan insiden itu dengan anak-anak menteri, VIP dan individu berpengaruh, yang mencetuskan reaksi meluas dalam kalangan warganet.

Sumber: Berita Harian

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.