Dilaporkan setakat ini sekurang-kurangnya seorang rakyat Malaysia dilaporkan maut dalam insiden letusan gunung berapi di White Island, New Zealand dalam kejadian pada semalam.
Perkara itu disahkan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand selepas dimaklumkan oleh pihak berkuasa negara itu pada pagi tadi (waktu tempatan), lapor Awani.
The High Commission wishes to update on the latest development regarding the White Island volcanic eruption. This morning at 9.30 am local time, the High Commission was informed by NZ authorities that at least one deceased is Malaysian. @MalaysiaMFA
— HCMalaysiaWellington (@MYHCWellington) December 9, 2019
Namun, butiran mangsa yang terkorban masih belum diketahui dan siasatan masih dijalankan.
Sebelum ini, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Arden mengesahkan yang pelancong dari Australia, Amerika Syarikat, China, United Kingdom dan Malaysia merupakan antara mangsa yang masih hilang dan cedera berikuta letusan gunung berapi tersebut.

Dilaporkan ketika kejadian, kira-kira 47 orang pelancong mengunjungi pulau tersebut.
Daripada jumlah itu, lima terbunuh, lapan masih hilang, 31 orang masih dirawat di hospital dan tiga lagi dibenarkan keluar.


Sementara itu Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand meminta orang ramai untuk menghubungi mereka jika ada maklumat mengenai mana-mana rakyat negara ini yang berada di kawasan pelancongan tersebut.
Untuk pengetahun korang, gunung berapi White Island yang sememangnya terkenal dalam kalangan pelancong meletus secara tiba-tiba sekaligus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pelancong di kawasan tersebut.
My god, White Island volcano in New Zealand erupted today for first time since 2001. My family and I had gotten off it 20 minutes before, were waiting at our boat about to leave when we saw it. Boat ride home tending to people our boat rescued was indescribable. #whiteisland pic.twitter.com/QJwWi12Tvt
— Michael Schade (@sch) December 9, 2019
Checked photo timestamps. Last photo from me standing on the land was 13:49; this first photo of the eruption was 14:12, about a minute or two into the eruption. pic.twitter.com/hyqQuO4vNq
— Michael Schade (@sch) December 9, 2019
Last photos: here are the White Island Tour operators rescuing people, timestamp 14:24 (~12-14 minutes after eruption). Endless gratitude to that crew for stepping up as first responders.
I took these and reporters welcome to use with attribution. pic.twitter.com/ITmY1jCezr
— Michael Schade (@sch) December 9, 2019
Semoga pelancong yang masih hilang dijumpai dalam keadaan selamat