in

[TERKINI] “Saya merayu rakyat tolak tindakan membuta tuli segelintir ahli politik” – PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi berlangsungnya perutusan khas Kita Prihatin yang dibuat oleh Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin.


TS Muhyiddin Yassin sempat menyentuh dakwaan Anwar mengatakan kerajaan Perikatan Nasional telah pun jatuh kerana dia mendapat sokongan majoriti ahli parlimen untuk membentuk kerajaan baru.

Dalam perutusannya ini, perdana menteri mengambil kesempatan meminta rakyat supaya terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional untuk terus memimpin negara.

Mungkin merujuk kepada dakwaan Anwar sebentar tadi yang mengatakan kerajaan Perikatan Nasional telah pun jatuh kerana dia mendapat sokongan majoriti ahli parlimen untuk membentuk kerajaan baru.

Apa yang perlu ialah sebuah kerajaan yang stabil dan teguh dengan sokongan dan dokongan saudara dan saudari sekalian. Ini penting supaya lebih banyak inisiatif untuk memulihkan ekonomi dan membantu rakyat jelata dapat dilaksanakan dengan berkesan oleh kerajaan.”

Tak cukup dengan itu, Muhyiddin turut merayu agar rakyat menolak tindakan mana-mana ahli politik yang mahu menjejaskan kestabilan politik.

Saya merayu saudara dan saudari menolak tindakan membuta tuli segelintir ahli politik yang sengaja mahu jejaskan kestabilan politik dan pelan pemulihan ekonomi negara yang sedang dilaksanakan dengan baik pada masa ini.”

Muhyiddin turut menekankan yang kerajaan Perikatan Nasional berjaya mendengar rintihan rakyat dalam menghadapi wabak Covid-19 ini.

 

Baca: “Tak ada apa apa yang tumbang atau jatuh” – KJ Nafi Dakwaan Anwar Kerajaan PN Dah Tumbang?

Sumber: Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.