in

[TERKINI] Pengumuman Kabinet Yang Dijangka Hari Ini, Ditangguhkan

ft anwar kabinet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengumuman jemaah menteri yang sepatutnya dilakukan hari ini telah ditangguhkan susulan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai memerlukan lebih masa sebelum memuktamadkan anggota Jemaah Menteri.

Memetik laporan Utusan, ia dipercayai Anwar berdepan dengan cabaran  termasuk mempertimbang nama-nama dikemukakan oleh parti-parti yang menyokongnya sebagai Perdana Menteri dalam kerajaan perpaduan.


Malah, difahamkan pengumuman dan isitiadat angkat sumpah menteri yang sepatutnya dijadualkan minggu ini  sebelum Yang di-Pertuan Agong berlepas ke luar negara pada hujung minggu, namun setakat ini belum dimaklumkan berhubung perkembangan terbaharu.

putrajayaaaa

Jadi, andaikata kabinet masih tidak dibuat dalam masa terdekat atau minggu ini, ia bermakna Anwar mungkin tadbir kerajaan secara bersendirian tanpa kabinet dalam tempoh 2 minggi selepas angkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 November lalu.

Menurut Utusan lagi, ada desas-desus berkenaan dengan pengumuman kabinet dalam kalangan pengamal media sejak petang semalam ekoran dengan jangkaan  senarai Jemaah Menteri diumum seawal hari ini namun sehingga kini tiada perkembangan pengumuman Kabinet oleh pihak Pejabat Perdana Menteri

Sebaliknya ada menjangkakan esok iaitu hari Jumaat, manakala angkat sumpah Jemaah Menteri dijadual pada Sabtu.

Bagaimanapun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan turun ke kawasan Parlimen Tambun, Perak esok pagi bagi menghadiri kenduri rakyat dan menunaikan solat Jumaat di situ.

Baca : Anwar Ibrahim Mungkin Namakan Zahid Hamidi Sebagai Salah Seorang TPM –  Sumber Parti

o8i7u6yrterew

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.