in

[TERKINI] Mulai Esok Tak Perlu Pakai Mask Dalam Masjid & Surau Di Wilayah Persekutuan

Collage 67

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan bahawa pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan ketika menaiki kapal terbang. Keputusan ini dibuat selepas menilai situasi semasa Covid-19 dan mengambil kira keperluan terkini.


Manakala sebentar tadi pula, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Mohd Ajib Ismail memberitahu bahawa mulai 30 September 2022 (Jumaat) pemakaian pelitup muka di dalam masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan tidak lagi diwajibkan.

Katanya, ketetapan ini telah pun mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan selari dengan ketetapan terkini kelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan Covid-19, lapor Sinar Harian.

Bagaimanapun, pemakaian pelitup muka di dalam masjid dan surau masih digalakkan.

“Individu bergejala seperti demam, batuk dan selesema serta mereka yang berisiko tinggi seperti warga tua serta kanak-kanak amat digalakkan untuk memakai pelitup muka.”

Manakala awal bulan lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memberitahu bahawa negeri Selangor masih mengekalkan pemakaian pelitup muka di masjid dan surau sehingga perkenan Sultan Sharafuddin untuk mendapatkan ketetapan baru.

Kenyataan ini dikeluarkan selepas Khairy mengumumkan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup adalah tidak diwajibkan.

 

Baca: [TERKINI] Pemakaian Pelitup Muka Kini Tak Diwajibkan Bagi Kawasan ‘Outdoor” – KJ

Screenshot 2022 09 29 At 11.48.52 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.