in

[TERKINI] Pemakaian Pelitup Muka Kini Tak Diwajibkan Bagi Kawasan ‘Outdoor’ – KJ

Kj2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerajaan bersetuju bahawa tidak mewajibkan pemakaian pelitup muka jika berada di kawasan luar bangunan, namun masih diwajibkan di dalam bangunan mulai 1 Mei 2022. Walau bagaimanapun, ia digalakkan untuk memakainya apabila berada di tempat yang sesak.


Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi sidang media hari ini menjelaskan bahawa ia juga digalakkan untuk individu berisiko tinggi.

Malah, pelitup muka juga boleh ditanggalkan di dalam bangunan untuk situasi tertentu seperti ketika makan, bersenam, berseorangan, memberi ucapan atau membuat persembahan di atas pentas.

 

Dapat pelepasan awal hari ke-4

Di samping itu, mana-mana individu yang disahkan positif Covid-19 masih perlu menjalani kuarantin selama 7 hari, namun dapat perlepasan awal pada hari ke-4 jika mereka diuji negatif.

Kata Khairy, keputusan ujian itu perlu dijalani melalui ujian RTK-Ag Covid-19 yang diselia (secara fizikal atau maya) pada hari ke-4 kuarantin.

Namun, seandainya keputusan masih positif, pesakit harus melengkapkan 7 hari tempoh kuarantin. Tetapi, tiada ujian lanjut diperlukan selepas 7 hari.

Baca : [TERKINI] Individu 60 Tahun Ke Atas Boleh Dapat Dos Penggalak Kedua – KJ

Ft 2Nd Boost 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.