in

[TERKINI] Menteri Kesihatan Cadang PKP Di Selangor, KL, Penang, Johor, Kedah Dan Sarawak

Terkini Menteri Kesihatan Cadang Lakukan Pkp Di Negeri Negeri Zon Merah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Kesihatan dilaporkan telah mencadangkan agar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikenakan di negeri-negeri yang menunjukkan peningkatan kes jangkitan COVID-19 secara mendadak.


20200413Cm03 E1619863211170

Memetik laporan New Straits Times, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata cadangan itu dikemukakan selepas pandemik COVID-19 di negara ini tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan. Malah, kes harian juga sudah melebihi 3,000.

Difahamkan, cadangan untuk menguatkuasakan PKP dikenakan di beberapa negeri zon merah seperti Selangor, Kuala Lumpur, Penang, Johor, Kedah dan Sarawak.

“PKP akan dilakukan secara bersasar sahaja dan akan melibatkan negeri-negeri yang melaporkan kes harian COVID-19 tinggi seperti Selangor, Kuala Lumpur, Penang, Johor, Kedah dan Sarawak,” katanya ketika ditemu bual New Straits Times.

Dalam pada itu, prosedur operasi standard (SOP) bagi negeri-negeri yang dicadangkan akan diletakkan di bawah undang-undang PKP. Jangka masa PKP itu juga akan diumumkan sebaik sahaja perkara itu disahkan.

Tips Memilih Tapak Bazar Ramadhan E1619863283193
Gambar hiasan

Selain itu, Menteri Kesihatan juga berkata, bazar ramadan di kawasan yang dikenakan PKP perlu ditutup bagi mengekang penularan wabak.

“Kami masih mengkaji sama ada para pekerja akan diminta bekerja dari rumah dan perniagaan mana yang boleh dibenarkan untuk beroperasi,” katanya.

Untuk info, Malaysia hari ini telah merekodkan kes jangkitan COVID-19 sebanyak 2,881, menjadikan kes keseluruhan sebanyak 411,594.

Negeri Selangor masih mendahului senarai dengan 759 kes, diikuti dengan Sarawak (445) dan Kelantan (442)

Sumber: New Straits Times

Baca: Pelajar IPT Yang Berada Di Lokaliti PKPD Tak Boleh Balik Beraya Aidilfitri

Iptttttt E1619863073244

Sumber: Malay Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.