in

TERKINI: Majikan DILARANG Potong Gaji, Berhentikan Atau Suruh Pekerja Ambil Cuti Tanpa Gaji

Tsmy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi bagi membantu rakyat dalam situasi getir ini. Kerajaan akan mengeluarkan sebanyak RM250 bilion dan antara yang termasuk dalam pakej ini adalah Program Subsidi Upah.


 

Apa Program Subsidi Upah?

  • Program untuk membantu majikan mengekalkan pekerja

Dalam keadaan yang sukar ini, saya tidak mahu lihat pekerja dibuang kerja dan hilang pendapatan.”

Muhyiddin 2

  • Kerajaan sediakan upah sebanyak RM600 sebulan bagi setiap pekerja untuk tempoh tiga bulan. Program ini dikhususkan kepada:
    • Pekerja yang berpendapatan di bawah RM4,000 sebulan
    • Majikan yang mengalami penurunan pendapatan lebih 50% sejak 1 Januari 2020

Ini bermakna, majikan TIDAK DIBENARKAN membuang pekerja atau mengarahkan mereka mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh tiga bulan selepas program ini dilaksanakan.

Majikan juga DILARANG memotong gaji pekerja sedia ada dan menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin langkah ini akan memanfaatkan 3.3 juta orang pekerja dengan peruntukan sebanyak RM5.9 bilion.

Baca: [TERKINI] Kerajaan Beri Elaun Khas Pada Frontliner & Peruntukan Khas Untuk Rakyat

Muhyiddin Yassin Fb 270320 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.