in

[TERKINI] Mahkamah Rayuan Kekal Keputusan, Najib Bersalah Semua Pertuduhan Kes SRC

Fgdyb7Bucaaodsa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mahkamah Rayuan hari ini telah bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi mensabitkan Datuk Seri Najib Razak atas tuduhan salah guna kuasa berhubung kes SRC International.


Menurut Hakim Mahkamah Rayuan Abdul Karim, keputusan ini merupakan keputusan sebulat suara ketiga-tiga panel Hakim mendapati tiada kesalahan dalam keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Nazlan Ghazali, kesemua tuduhan telah dibuktikan melampaui keraguan munasabah ke atas bekas perdana menteri ini.

Fgdxnibvqaanrix

Hukuman penjara dan denda dikekalkan

Mahkamah Rayuan  juga turut mengekalkan hukuman penjara 12 tahun ke atas Najib Razak serta denda sebanyak RM210 juta yang ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini atas kesalahan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd sebanyak RM42 juta.

Najib didapati bersalah atas tiga tuduhan pecah amanah, tiga tuduhan penggubahan wang haran dan satu pertuduhan salah guna kuasa membabitkan dana SRC iaitu bekas anak syarikat 1MDB.

Sumber: Melissa Goh

 

Baca: Lepas Zahid, Najib & Rosmah, Mahkamah Kini Benarkan Shafee Abdullah Pula ‘Terbang’ Ke New York

Screenshot 2021 12 08 At 11.01.10 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.