in

Lepas Zahid, Najib & Rosmah, Mahkamah Kini Benarkan Shafee Abdullah Pula ‘Terbang’ Ke New York

Collage 44

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, Mahkamah Tinggi telah bersetuju untuk memulangkan sementara pasport peguam, Muhammad Shafee Abdullah bagi membenarkan beliau untuk terbang ke New York bagi menguruskan urusan pengajian tinggi anaknya.


Hakim Muhammad Jamil Hussin telah membenarkan pasport Shafee Abdullah untuk dilepaskan bermula hari ini sehingga 3 Disember selepas tiada bantahan dibuat oleh timbalan pendakwa raya, S Nithia, lapor FMT.

Untuk pengetahuan korang, sebelum ini Shafee Abdullah telah memberikan pasportnya sebagai sebahagian dari syarat ikat jamin bagi perbicaraan pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM9.5 juta yang diterima dari Datuk Seri Najib Razak.

20211025 Shafee Mohamad Shahril Basri 2 20211025104803 Theedgemarkets

Sebelum ini juga, mahkamah turut bersetuju untuk pulangkan sementara pasport Najib dan isterinya Rosmah Mansor supaya mereka boleh pergi ke Singapura untuk menemani anak perempuan yang bakal bersalin dan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi yang perlu pergi ke Jerman untuk mendapatkan rawatan sakit belakang dan leher.

Najib, Rosmah dan Zahid masih berdepan perbicaraan atas pelbagai tuduhan jenayah di mahkamah.

 

Baca: Perkahwinan Bertahan Sehingga 34 Tahun, Rosmah Anggap Tuduhan ‘Suka Mengawal’ Najib Tidak Benar

Screenshot 2021 10 25 At 11.36.25 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.